• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Mac 2008
    I S R K J S A
    « Feb   Apr »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 232,413 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

5 MB UNTUK 5 NEGERI SUDAH PASTI, TERENGGANU BAGAIMANA?

PRU12 telah berlalu. Rakyat Malaysia menyaksikan 5 negeri jatuh je tangan pembangkang, gabungan mantap PAS, PKR dan DAP. Kedah(ustaz Azizan Abdul Razak dari PAS), Pulau Pinang(Lim Guan Eng dari DAP) dan Selangor(Tan Sri Khalid dari PKR) selamat menerima Menteri Besar baru. Kelantan seperti biasa menerima Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar bagi penggal kelima. Perak pula insyaAllah akan menerima Menteri Besar dari PAS iaitu Mohd Nizar Jamaluddin, seorang jurutera berpengalaman. Berita TV3 semalam secara tiba-tiba menyiarkan berita yang baru diterima kononnya DAP Pusat memboikot Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perak hari ini. Hampir semua akhbar bercetak hari ini meletakkan tajuk DAP BOIKOT Majlis tersebut di muka hadapan. Penulis pula mendapati berita internet menyatakan keadaan yang sebenarnya sebagaimana berikut:

Lim Kit Siang dikatakan memohon maaf kepada Raja Dr Nazrin kerana kenyataan yang boleh dianggap menghina institusi raja kerana memboikot keputusan Raja memilih Mohd Nizar sebagai Menteri Besar Perak. Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, kenyataan yang dibuat berhubung tidak mengiktiraf pelantikan wakil PAS, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak bukanlah bertujuan untuk tidak hormat kepada keputusan Pemangku Sultan Perak, Dr Raja Nazri Shah. <!––><!––>

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan ringkasnya hari ini.

Sebaliknya kata beliau, kenyataan tiga perenggannya berhubung isu itu adalah kenyataan selepas mesyuarat parti ketika itu sahaja (semalam).

Beliau tidak berniat untuk tidak menghormati, dan beliau memohon maaf kepada Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di atas kenyataan itu yang mungkin menimbulkan sebarang masalah.

Beliau seterusnya berkata, berhubung isu itu beliau akan berbincang dan kenyataan terkini berhubung hal itu akan dibuat kemudian.

 Di Terengganu pula, rakyat masih ternanti-nanti siapakah Menteri Besar kali ini. Pembatalan majlis Angkat Sumpah beberapa hari yang lalu menimbulkan spekulasi bahawa Sultan murka terhadap Idris kerana beberapa kes yang berlaku ketika pemerintahan Umno penggal yang lalu. Setelah pembatalan majlis angkat sumpah tersebut, khabar angin terus bertiup mengatakan akan ada perhimpunan penyokong Idris di hadapan istana Maziah sebanyak 150 buah bas. Penulis hubungi kenalan dari wartawan bertanyakan benarkah ada orang berhimpun, katanya tak ada pun. Ketika itu sudah waktu malam. Barangkali mereka berhimpun pada sebelah siangnya. Tapi tidak seperti yang digembar gempurkan sehingga 150 buah bas!! Ada juga sms yang mengarahkan agar penyokong-penyokong Pas berkumpul depan Istana Maziah untuk menyatakan sokongan kepada Istana atas pembatalan majlis angkat sumpah. Penulis dapat sms arahan dari Pemuda Negeri agar petugas dan penyokong pas tidak dibenarkan hadir ke perhimpunan tersebut. Mujurlah arahan tersebut sempat dipanjangkan kepada semua pemuda dun agar tidak terlibat dengan perhimpunan ‘haram’ itu.

Nampaknya hari ini hari yang kelima Terengganu tidak ber’MB’. Rakan-rakan ramai yang bertanyakan siapakah bakalnya? Penulis ‘no komen’ setakat ini kerana maklumat dalam sendiri pun tak berani buka mulut. Mungkinkah Mat Said Kijal, Din Adam ataupun Rosul Wahid? Ada juga yang berpendapat YB Alias Alor Limbat ada potensi. Agaknya beliau tengah pasang angan-angan la tu….

 

Advertisements

Satu Respons

  1. Uiks! Tersilap baca. Ingat tadi 5mb tu 5 megabyte untuk 5 negeri..he. he. he…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: