SIRI BONGKAR 5-LAGI PENYELEWENGAN SPR

Lagi penyelewengan SPR – senarai pengundi pos bertindih/berulang PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SM Noor
Monday, 03 March 2008
The image “https://i2.wp.com/buletinonline.net/images/berita5/reportbesut3.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Jerteh, 3 Mac – Dua laporan polis telah dibuat pada 29 Februari lalu berikutan terdapat penyelewengan dalam Daftar Pemilih Pilihanraya bagi Pusat Mengundi Undi Pos di Daerah Mengundi Kg Baru dalam Dewan Undangan Negeri(DUN) Kuala Besut, dekat sini.

Laporan polis tersebut dibuat oleh Abdullah bin Mamat dan Ibrahim bin Mohamed, kedua-duanya adalah penama yang dinamakan oleh Wakil Calon DUN Kuala Besut, Wan Ahmad Shukri Wan Isa.

Kedua-duanya Abdullah bin Mamat dan Ibrahim bin Mohamaed telah dilantik untuk mewakili Wakil Calon untuk hadir bagi menyaksikan proses pengeluaran kertas undi Pos, bagi PRU 12 yang diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Besut, pada jam 9.00 pagi, 28 Februari lalu.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Kampung Raja, Besut Terengganu, sebaik sahaja proses pengeluaran kertas undi pos selesai.

Didalam laporan mereka, Abdullah dan Ibrahim telah membuat aduan kerana mereka mendapati berlaku penyelewengan terhadap daftar pemilih kerana terdapat pengulangan/pertindanan nama pengundi yang sama sebanyak 46 dari jumlah keseluruhan pengundi yang berjumlah 828.

Penyelewengan daftar pemilih tersebut adalah dikesan dari Daftar Pemilih Pilihanraya yang diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia(SPR) yang dikeluarkan bagi Parlimen P.33 Besut, bagi Daerah Mengundi 033/01/07 Kampung Baru.

Wakil Calon bagi Calon Parlimen P.33 Besut, Tuan Haji Abdul Halim Tausah ketika ditemui Buletin Online hari ini menyatakan kekesalannya terhadap penyelewengan yang berlaku dalam daftar pemilih berkenaan.

“Ini adalah penyelewengan kali kedua SPR, selepas kes arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menghendaki calon mengemukakan borang penamaan calon berserta Akuan Berkanun yang dimatikan dan dibayar duti setem,

“Apabila tiba hari penamaan calon, ramai calon-calon UMNO/BN tidak melaksanakan arahan SPR dengan mengemukakan boring penamaan calon tanpa Akuan Berkanun dan duti stem” jelas Abdul Halim atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Din.

SPR sepatutnya membatalkan pencalonan calon-calon UMNO/BN serta merta, namun tiba-tiba dimaklumkan oleh Pegawai Pengurus, bahawa ada surat arahan baru dari SPR yang bertarikh 23 Februari.

Penyelewengan SPR Terengganu jelas terbukti apabila keesokkannya, Setiausaha SPR membuat kenyataan tidak ada surat arahan kedua yang dihantar. (Lihat Foto dibawah: Nama Azhar Bin Muhammad KP 1717164 muncul duakali didalam daftar pemilih dalam bilangan 142 dan 161)

The image “https://i2.wp.com/buletinonline.net/images/berita5/reportbesut5.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

The image “https://i2.wp.com/buletinonline.net/images/berita5/reportbesut6.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
The image “https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/berita5/reportbesut2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
The image “https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/berita5/reportbesut4.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
The image “https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/berita5/reportbesut1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Advertisements

Satu Respons

  1. Yakin ke polis akan ambil tindakan? Macam biasa? 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: