• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Mac 2008
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 231,651 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

    10/3/2011

    IMG_1701

    IMG_1702

    IMG_1703

    IMG_1704

    More Photos
  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

DATUK RAZALI ISMAIL:AH LONG UNIVERSITI

razali-ismail.jpg Majoriti mahasiswa memilih PTPTN sebagai pembiaya kos pengajian mereka kerana urusannya tidak rumit. Semasa pengajian, caj 3% yang dimaklumkan tidak dirasai keperitannya. Namun setelah mula membayar, barulah kenal erti ‘kos perkhidmatan’ yang membebankan itu.

Seorang kenalan yang menuntut di universiti swasta telah meminjam secara keseluruhannya RM 60,000.00 untuk tempoh 5 tahun pengajiannya. Katanya, dia membayar RM 200.00 sebulan atau RM 2400.00 setahun, tahun kedua pembayaran yang masih perlu dibayar akan menjadi RM59,269.00 (lihat http://www.ptptn.gov.my/web/guest/loan_calc). Ini bermakna, tahun itu dia hanya membayar RM 731.00. Untuk menghabiskan bayaran tersebut, ia mengambil masa selama 128 bulan atau hampir 11 tahun!.

Daripada kiraan di atas, cuba bayangkan bagaimana lepasan universiti ingin memikirkan soal kos sara hidup, kenderaan, rumah tangga, ibubapa dan lain-lain. Situasi ini akan melahirkan penduduk Malaysia yang sentiasa dibebani hutang hingga ada yang sudah pencen pun masih belum langsai hutangnya.

Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail sekali lagi bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Dalam kempen, sering ditegaskan kerajaan BN sentiasa prihatin dan membantu rakyat. Sungguh jelas bagi kita bahawa semuanya hanyalah retorik dan janji manis sahaja. 13 hari kempen, rakyat akan dimomokkan dengan manifesto BN sehingga kita lalai akan masalah sebenar yang dihadapi.

Datuk Razali Ismail mempertahankan caj 3% PTPTN kerana katanya itu ialah kos perkhidmatan. Bagi kita, perkhidmatan yang dimaksudkan adalah tidak jelas dan tidak diketahui. Bagi kes sahabat kita di atas, apakah kos perkhidmatan sejumlah RM1,600++ setahun yang dikenakan? Sahabat tadi hanya menerima sepucuk surat yang mengandungi akaun statement semasa beliau. Itulah kos setahun beliau.

Jika anda penyokong BN, anda adalah tidak layak membantah caj 3% PTPTN ini. Dan jika anda penyokong BN, anda sepatutnya melangsaikan hutang PTPTN secepat mungkin. Jika anda tidak bersetuju dengan caj 3% ini, maka jatuhkan Razali Ismail pada 8 Mac nanti. Jangan sia-siakan undi anda!

Advertisements

4 Respons

  1. Harapan saya agar artikel ini dapat disebarkan di seluruh Negara lebih-lebih lagi di Kuala Terangganu

  2. Assalamu’alaykum,

    Saudara yang dihormati:

    Sebenarnya terdapat banyak isu yang saudara perlu ketahui berkenaan PTPTN. Walaupun pilihanraya sudah berakhir, saya berkeinginan untuk menegaskan beberapa perkara yang saya rasakan saudara tidak begitu jelas dengan PTPTN, juga melibatkan Razali Ismail selaku pengerusi perbadanan tersebut.

    Pertama, adalah tidak wajar saudara meletakkan beban kesalahan secara total kepada beliau kerana saudara perlulah mengambil kira pelbagai faktor dalam isu PTPTN ini. Untuk makluman saudara, sebelum beliau mengambil alih PTPTN akhir 2004, PTPTN sudah dibebani dengan terlalu banyak masalah dengan pembayaran balik pinjaman oleh pihak yang bertanggungjawab.

    Inilah antara sikap memalukan sesetangah daripada masyarakat kita yang begitu culas membayar hutang.

    Adakah sikap memalukan ini perlu disalahkan kepada PTPTN?

    Saudara, PTPTN bukanlah sebuah mesin pencetak wang yang mampu mengeluarkan wang untuk kegunaan mahasiswa sepanjang masa. PTPTN memerlukan pihak yang meminjam untuk membayar balik wang pinjaman mereka bagi membantu generasi seterusnya untuk menyambung pengajian di IPT. Ketika Razali Ismail mengambil alih PTPTN, beliau berusaha sedaya upaya untuk memulihkan pusingan kewangan PTPTN bagi membantu generasi seterusnya.

    Maka wujudlah beberapa langkah untuk memulihkan pusingan kewangan PTPTN seperti yang kita lihat sekarang. Perkara sebegini pasti tidak berlaku sekiranya golongan peminjam membayar pinjaman mereka sebaik sahaja mereka tamat pengajian mereka.

    Saudara,

    Saya memahami keghairahan memancing undi bagi pilihan raya, namun saya amat menyesali sekiranya tindakan memancing undi itu dilakukan dengan menyebarkan dakwaan yang tidak berasas kepada calon yang lain.

    Saya tidak menuntut artikel ini dibuang, saya cuma berharap agar kandungan artikel ini diperbetulkan. Saya dididik sedari kecil agar menjauhi perbuatan fitnah, dan saya percaya saudara juga mempunyai kefahaman yang serupa.

    Salam hormat,
    Khairul Amar Razali.

  3. dah meninggal pun dia ni… Innalillah..

  4. saya adalah peminjam ptptn, dan masa mula mula dulu kami diberitahu hanyalah 4% interest, saya dan kawan kawan hanya memahami 4% daripada total …dan pada masa itu, tidak dinyatakan jumlah sebenar kos pentadbiran. semua ini diketahui hanyalah ketika abis belajar dan sampai penyata. nak belajar dekat negara sendiri susah……saya tidak menyalahkan mana mana individu, saya hanya menyalahkan pihak pihak goverment dan ptptn yang tidak memberi maklumat sejelasnya….apepun hanya Allah swt yang Maha Mengetahui segalanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: