SEMANGAT SI NENEK LAWAN BN, PAS

Daripada Malaysiakini
Muda Mohd Noor | Feb 26, 08 8:42pm
Maimun Yusof, 89, calon bebas kawasan parlimen Kuala Terengganu tidak mampu berkempen seperti calon-calon lain.Maimun Yusof nenek calon bebas 04Beliau tidak ada jentera pilihanraya, bilik gerakan, wang dan penyokong. Yang ada hanyalah dirinya sendiri.Dalam pilihanraya kali ini beliau berdepan dengan Datuk Razali Ismail (BN) dan calon naib presiden PAS Mohamad Sabu. Maimun menggunakan logo kunci.

Menurutnya beliau sudah lama mahu bertanding iaitu sejak 20 tahun lalu tetapi pencalonannya ditolak oleh pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada hari penamaan calon.

Rumahnya daif, periuk di dapurnya berselerak dan kain baju pula bertaburan di dalam rumahnya kerana beliau hanya tinggal seorang diri di rumah itu.

Maimun juga sebenarnya seorang penerima bantuan bulanan sebanyak RM200 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu.

Pagi tadi, pegawai-pegawai jabatan memujuk Maimun supaya menarik diri, bagaimanapun beliau enggan.

‘Alang-alang mandi…’

Maimun Yusof nenek calon bebas 03“Kalau dah Tok masuk, Tok tak mahu keluar lagi. Alang-alang mandi biar basah, alang-alang mengharung air biar sampai.

“Kalau kalah pun biarlah nak buat macam mana. Tetapi harap-harap Tok menang,” kata Maimun yang dikenali dengan panggilan Tok di kalangan penduduk setempat ketika ditemui di rumahnya petang tadi.

Semasa tinjauan Malaysiakini hari ini, dua pekerja sedang membetulkan tangga rumahnya yang hampir runtuh.

Sehingga kini belum ada sekeping pun poster atau kain pemidang sebagai bahan kempen pilihanraya kali ini.

Tetapi janda anak satu itu sudah menempah 1,000 poster berlambang kunci tetapi dijangka siap sepenuhnya sehari dua lagi.

Maimun Yusof nenek calon bebas 02Untuk itu, Maimun hanya berkempen menggunakan basikalnya sambil menjual kain songket di beberapa kampung dekat rumahnya di Kampung Mengadang Akar, dua kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu.

Maimun sehingga hari ketiga selepas penamaan calon belum mengadakan sebarang majlis ceramah atau kempen dari rumah ke rumah.

“Tok tidak tahu nak ceramah tetapi nak adakan juga (sekali) sebelum tempoh berkempen tamat. Tok nak beritahu kisah sebenar kepada orang kampung pasal apa Tok bertanding.

“Kerana Tok bertanding supaya Tok boleh bersuara di dalam dewan mengenai apa yang berlaku di dalam negeri kita (Terengganu).

“Tok tengok orang buat salah belaka. Berdosa juga kalau kita tidak bersuara. Kalau bersuara tepi-tepi jalan tak jadi apa.

“Orang nak jual negeri kita kepada orang luar tetapi Tok tak mahu mereka jual,” katanya ketika ditemui hari ini.

rumah nenek calon bebasUntuk menguatkan hujahnya, Maimun berkata, PAS mahu menjual negeri Terengganu kepada Jepun kerana lambang PAS hampir sama dengan bendera negeri matahari terbit itu.

Menurutnya, beliau tidak mahu Terengganu menjadi seperti Singapura dan Pulau Pinang yang menjadi “negeri orang Cina.”

“BN pula mahu menjual negeri ini kepada orang luar dan kerana itu mereka buat bangunan tinggi supaya orang luar datang,” katanya.

Jika menang dalam pilihanraya kali ini, Maimun berjanji membantu semua orang baik orang muda mahupun orang tua.

***********************************************************************

DPPKT: Suatu sindiran kepada UMNO berkaitan pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai bandaraya.

Advertisements

13 Respons

  1. saya berharap PAS akan dapat membantu orang orang seperti nenek Maimun apabila dapat memerintah Terengganu kembali…. malah semasa pilihanraya ini juga…

  2. cukup menarik rencana se demikian tentu jadi bahan ketawa atau sindiran pada …..

  3. Alahai, aku nak komen apa eh? 😀

  4. Tak pe tok…aku undi tok kali ni
    Kalu menang aku jadi asisstant tok.

  5. PAS ni ader kena-mengena ngan orang Jepun ke?… ni sah teringat zaman Jepun perintah Malaya dolu-dolu… hehehehe.. Harap pihak PAS tolong tengok-tengokan nenek ni.

  6. aku terfikir satu benda .. mana dia cekau duit deposit RM 10,000 untuk masuk calon Parlimen plak tu … pada aku .hok nih bahagian wak kacau undi ajer nih … heh

  7. tu la. mana dier cekau duit tu eh? daripada masuk bertanding, baik baiki rumah. ehe. 😀

  8. macam mana BN-UMNO kata malaysia dah maju, aman…. rakayat miskin kurang… ni ade je lagi… sampai nenek ni sanggup masuk bertanding…

  9. Duit RM10,000 wat pergi haji lagi berfaedah… Dah tentu kalah punya. Membazir betul lah…

  10. vote for her…dari tok hilang deposit pertaruhan, bagus undi tok

  11. ya allah..nek..beribadat kat rumah byk2 lagi bagus…

  12. tok, ambo nak tanya sikit,

    bakpo tok kata PAS nak jual teganu ko jepun?

    sebenarnya, dah lama teganu terjual ko jepun tok,,kerajaan pusat (dibaca UMNO-BN) dah jual minyak teganu kepada jepun,usa, dll. minyak dah dibeli walau tak dinaikkan / digali lagi atau dinamakan konsesi minyak.

    la ni, teganu milik KJ dan patrick badawi tok.hehehe.

    keskekhekehke

    kepada tok,,,tok nak masuk syurga ke neraka bila tok mati kelak?

    ,,tok dah lama hidup,,89 tahun..lama tu…dah masuk umur subsidi dah..ingat-ingat la sikit tok.

    anyway, tok nak bertanding, saya tak kisah,ini negara demokrasi.tapi jangan la membuat statement anti -PAS.

    tok dipersilakan mari kelate, tuan guru nik aziz dan keluarga menanti tok.

  13. benggong tok wat lari undi je
    baik mung wat gi haji duit tuh,kan ilang saje.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: