CALON YANG DIGUGUR TIADA HARAPAN LAGI

bangunan-umno.jpgWalaupun bantahan oleh penyokong UMNO terhadap Idris Jusoh mulai reda, namun secara senyap ramai lagi yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan Idris (Pok Yeh) dalam memilih calon BN kali ini.

Kami mendapat maklumat daripada kenalan rapat Dato’ Wan Farid (Ketua UMNO Bahagian kuala Terengganu) bahawa beliau beliau telah dijanjikan oleh Pok Yeh untuk mendapat satu kerusi dan begitu juga Che Mat Jusoh yang dijanjikan satu kerusi sama ada Batu Buruk atau Kota Putera. Apabila pengumuman calon dilakukan, mereka tidak tersenarai. Sama juga halnya di bahagian-bahagian lain.

Tindakan Pok Yeh ini dilihat sebagai menjaga kedudukan beliau sebagai bakal Menteri Besar jika BN kembali memerintah. Ini kerana ramai dari kalangan UMNO tidak menyukai sikap ego Pok Yeh yang tidak menghormati pemimpin yang berpengalaman. Antara yang dijangka menggugat kedudukan beliau sebagai MB dan Pengerusi UMNO Terengganu ialah Dato’ Wan Farid, Che Mat Jusoh, Dr. Latif, Datuk Razali Ismail, Tengku Putera dan Rahman Bakar.

Dato’ Wan Farid merupakan Setiausaha Politik Pak Lah (Kementerian Keselamatan Dalam Negeri) yang disebut bakal MB baru Terengganu digugurkan tanpa alasan kukuh. Manakala golongan berpendidikan tinggi dan intelek iaitu Razali Ismail (Pengerusi PTPTN) dikekalkan calon parlimen supaya tertutup terus impian beliau untuk dilantik Menteri Besar. Difahamkan bahawa sebelum pengumuman calon dibuat, Razali Ismail bakal bentanding di salah satu DUN di Hulu Terengganu untuk melayakkan beliau dilantik MB.

Di bahagian Marang, Rahman Bakar (Timbalan Menteri Sumber Manusia) dan Dr Latif (Exco Kerajaan Negeri) digugurkan juga tanpa alasan kukuh hingga Rahman Bakar mengeluarkan kenyataan bahawa beliau terkejut tidak dicalonkan. Kedua-duanya juga bakal menggugat kedudukan Pok Yeh sebagai MB dan Pengerusi UMNO negeri. Tempat Rahman diganti dengan Setiausaha Pok Yeh (Dr Ahmad Ramzi).

Yang mengejutkan juga apabila timbalan pengerusi UMNO negeri, Tengku Putera (bekas timbalan Menteri Kewangan) juga digugurkan. Ini jelas petanda Pok Yeh mahu menjaga kedudukan beliau sebagai Pengerusi UMNO negeri.

Rata-rata calon BN adalah muka-muka baru yang cetek politiknya dan juga orang-orang kepercayaan Pok Yeh. Mereka yang dilihat bakal menggugat kedudukan Pok Yeh terus dicantas dan peluang bagi yang digugurkan sudah tertutup rapat.

Maklumat yang diperolehi juga mengatakan bahawa mereka yang digugurkan bolehlah mengucapkan selamat tinggal kepada politik UMNO kerana mereka tidak akan terpilih lagi pada masa akan datang. Calon-calon muda inilah yang akan diangkat sebagai pimpinan UMNO akan datang jika tidak menggugat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: