PUTERI JADI CALON, CHE MAT JUSOH ACU SENAPANG

puteri-trg.jpg Penyenaraian Nordiana Shafie, ketua puteri UMNO Terengganu sebagai salah satu pilihan untuk menjadi calon di DUN Batu Burok menghangatkan lagi Pilihan Raya ke-12 kali ini. Selain beliau, dua orang lagi calon yang disebut-sebut bakal mengisi tempat ini ialah bekas Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato’ Che Mat Jusoh dan Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Mohd Sabri Alwi.

Kesemua mereka merupakan ahli UMNO yang berprofil tinggi. Namun, Nordiana dikatakan mempunyai peluang cerah untuk menjadi calon kerana mempunyai rekod yang baik dan ditambah dengan perpecahan dalaman UMNO yang membawa kepada team Che Mat Jusoh dan team Sabri Alwi. Nordiana yang merupakan senator di Parlimen Malaysia telah menolak untuk menjadi calon ketika PRU lalu.sabri-alwi.jpg

Ketua Pemuda UMNO, Sabri Alwi mungkin telah disingkirkan ekoran sejak akhir-akhir ini beliau tenggelam dengan gelombang team Che Mat Jusoh yang begitu ghairah melobi untuk menjadi calon. Semasa pelancaran gerak kerja PRU peringkat DUN Batu Burok, gambar Sabri Alwi tidak dipaparkan walaupun satu di mana-mana poster dan banner. Sabri yang mempunyai pengikut dari kalangan pemuda telah memulakan kempen dengan menghantar kad tahun baru kepada semua pengundi di DUN Batu Burok.

Kini, nama Sabri mula menjadi pilihan Idris Jusoh selepas Che Mat dikatakan kurang sesuai menjadi calon kerana tiada kredibiliti selepas dilantik menjadi Yang Dipertua DUN Terengganu. Sikap beliau ketika perbahasan dewan yang hanya membiarkan Tuan Guru Dato’ seri haji Abdul Hadi dimaki hamun dengan kata-kata kesat oleh ADUN UMNO menaikkan semangat petugas PAS untuk menumbangkan beliau jika menjadi calon lagi. Ditambah pula dengan satu laporan polis semalam yang mendakwa beliau mengacukan senapang kepada petugas PAS yang memasang bendera di hadapan rumahnya memburukkan lagi imej beliau.

DUN Batu Burok merupakan kubu PAS sejak beberapa penggal lepas. Dalam PRU lepas, Dato’ Wan Abdul Muttalib telah menang ke atas Che Mat Jusoh dengan majoriti tipis dan ini menjadi asas UMNO untuk menumbangkan PAS di sini.

Namun melihatkan perkembangan muktahir, PAS diramal menang lagi di DUN ini yang pernah dihiasi dengan peristiwa berdarah. Kesilapan UMNO meletakkan calon juga bakal mengundang padah kepada mereka.

Advertisements

3 Respons

  1. ni ke mat kerok (sabri alwi)????

  2. JANTAN SIAL KAKI PUKUL POMPUAN..
    YANG BERKENAAN TOLONG AMBIL TINDAKAN

  3. TUAN HAJI SABRI ALWI !!!! !tuan haji la sangatttt PEMERAH UGUT ! PENIPU !! TAK LAYAK JADI KETUA PEMUDA !!
    MEMALUKAN ORANG UMNO !!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: