• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Februari 2008
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    2526272829  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 231,292 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

    10/3/2011

    IMG_1701

    IMG_1702

    IMG_1703

    IMG_1704

    More Photos
  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

BEKAS ‘SPEAKER’ DUN TERENGGANU NAK TEMBAK ORANG!

Kuala Terengganu, 14 Feb – Ketika sedang bertugas memasang bendera di Kampung Nibong Atas, dekat sini, lima orang pemuda PAS telah diancam tembak dengan senapang patah oleh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Che Mad Jusoh.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.30 pagi, dihadapan rumah Dato’ Che Mad, yang bernombor Lot 1396, Kg Nobong Atas, Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu. Lima pemuda yang terlibat adalah Muhammad Zulkifli bin Zakaria, 21, Mohd Faiz Ashraff Bin Ramly, 21, Abdul Rizuan Bin Abd Rahman, 18, Mohd Shukry Bin Md Jusoh, 21 dan Mohamad Zamani Bin Omar, 25, kesemuanya dari PAS Cawangan Kampung Nibong.

Mereka memulakan tugas menaikkan bendera di kawasan kampung sekitar jam 1.00 pagi. Apabila sampai di hadapan rumah Dato’ Che Mad, mereka cuba memanjat tiang telefon untuk mengikat bendera ditiang tersebut. Sebelum sempat bendera ditegakkan, tiba-tiba Dato’ Che Mad keluar dari rumah dan memarahi mereka.

Dato’ Che Mad mengugut dengan berkata “jangan melampau, kang boleh susah kang!”, dengan maksud untuk menghalang para pemuda PAS menaikkan bendera diatas tiang telefon yang berada ditepi jalan utama diluar pagar rumahnya.

“Kami tidak jadi meneruskan niat, mengumpulkan semua bendera dan peralatan, berkira-kira untuk beredar dari situ segera” jelas Mohd Faiz.

Walaubagaimanapun belum sempat para pemuda tersebut beredar, selepas masuk kedalam rumahnya beberapa ketika, Dato’ Che Mad muncul dengan selaras senapang patah.

“Dia mengacukan senapang kepada kami sambil memasukkan peluru” tambah Mohd Faiz dan rakan-rakanya kepada BuletinOnline didalam sessi temubual di Pejabat Perhubungan PAS, pada petang ini.

Dato’ Che Mad mengacu senapang patah kearah pemuda tersebut sambil membuat ancaman dengan berkata “mu letak lah! Aku tembak kang!” , dengan maksud sekiranya para pemuda tersebut meletakkan bendera di hadapan rumahnya, dia akan menembak mereka.

“Kami terkejut, dan saya terus lari” kata Muhammad Zulkifli.

Sehubungan dengan itu, mereka telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 6.00 petang tadi.

Saudara Wan Mohd Faizul, Setiusaha Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu ketika dihubungi Buletin Online merasa kesal atas apa yang berlaku. Selain itu, dia juga merasa amat pelik dengan tingkah laku pemimpin UMNO itu yang mengambil jalan ‘perbalahan dan peperangan’ dalam masa semua pihak menghargai dan menghormati demokrasi.

“Pilihanraya adalah demokrasi, semua parti berhak menegakkan syiar masing-masing. Perbuatan menggunakan senjata api, mengugut dan mengancam para petugas demokrasi adalah umpama ‘pengganas’” jelas Wan Mohd Faizul.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: