• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Januari 2008
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 231,663 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

    10/3/2011

    IMG_1701

    IMG_1702

    IMG_1703

    IMG_1704

    More Photos
  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

PAS DOKONG NEGARA KEBAJIKAN

Kejutan Buat Umno dan Barisan Nasional

Pilihanraya Umum ke 12 semakin hampir . Ada yang mengatakan sebaiknya sahaja Hari Raya Cina, Parlimen akan dibubarkan. Ada juga yang yakin tarikh pilihanraya umum ke 12 adalah pada 15 Mac 2008. Semangat rakyat untuk lihat perubahan kepimpinan negara pada kali ini tidak dapat dibendung lagi. Lagi banyak tindakan keras terhadap pemimpin-pemimpin NGO dan pembangkang, kebangkitan rakyat semakin dirasai.

Pemimpin Umno dan Barisan Nasional menggelabah 

Apabila Tuan Guru Presiden Pas mengumumkan Negara Kebajikan merupakan janji kita apabila berjaya memerintah Malaysia(insyaAllah), pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional mula menggelabah. Masing-masing bercanggah dalam memberikan pandangan terhadap konsep negara kebajikan yang dicanangkan oleh Pas. Datuk Shahrizat Abd Jalil menyatakan Manifesto Pas adalah ketinggalan zaman di sebuah negara yang sudah mencapai kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Manakala Zainuddin Maidin pula mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia memang negara kebajikan. Beliau turut memberi contoh rakyat Kelantan yang memang sudah menikmati bantuan dan subsidi kerajaan pusat.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, manifesto seperti itu datangnya daripada pihak yang tidak memahami mengenai pentadbiran dan kerajaan.

“ Sekiranya Pas sanggup mewujudkan sebuah negara kebajikan dengan menanggung 100 peratus kebajikan rakyat di negara ini, saya yakin (jika Pas menang) sepenggal sahaja mereka menjadi kerajaan, nauzubillah negara ini akan menjadi bankrap”.

Pas Kelantan telah sekian lama menjadikan Kelantan sebagai sebuah model negeri kebajikan meskipun berdepan dengan masalah kekangan kewangan.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri telah memperkenalkan pelbagai skim untuk kesejahteraan penduduknya.

Antaranya kata beliau, ialah Skim Armalah dan Anak Yatim, Kesihatan Sakit Kronik, Bantuan Orang Kurang Upaya, Kifaalah dan Bantuan Segera Bencana.

“Membandingkan Kelantan sebagai kerajaan negeri berbanding Malaysia yang mempunyai kuasa Persekutuan seperti menerima cukai petroleum dan hasil cukai langsung dan tidak langsung lain, samalah membandingkan anak masih bersekolah dengan bapa yang kaya raya dengan harta pesaka di samping pendapatan sendiri,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Katanya, kerajaan BN dengan pendapatan hasil yang besar sekalipun, masih lagi mengenakan pelbagai caj terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat seperti kesihatan dan persekolahan serta keperluan asas lain.

Beliau berkata, Pas berkeyakinan penuh untuk membawakan konsep negara kebajikan di peringkat nasional sekiranya rakyat memberi peluang kepada parti itu mentadbir negara ini.

Turun Harga Petrol, Mansuh ISA, Perkhidmatan Kesihatan & Pendidikan Percuma

Manakala Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, antara yang dijanjikan parti itu ke arah negara kebajikan ialah mengurangkan harga minyak petrol sekurang-kurangnya 30 sen daripada harga semasa dan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pas juga berjanji menawarkan sistem pembelajaran percuma tanpa dikenakan bayaran tambahan di sekolah rendah dan menengah bagi semua aliran serta memastikan perkhidmatan kesihatan percuma di hospital kerajaan.

Ini selaras dengan firman Allah yang sering disebut-sebut oleh Tuan Guru Presiden dan penceramah-penceramah Pas iaitu:

Negeri Yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun!. – Surah Saba, Ayat 15

Baldatun Toyyibatun itulah Negeri Berkebajikan yang hendak dilaksanakan oleh Pas insyaAllah.  Keberkatan inilah yang dicari-cari oleh Pas sebagai gerakan yang memperjuangkan Islam sebagai ad deen atau cara hidup yang menyeluruh.

Tiada yang mustahil dalam keazaman Pas untuk merealisasikan Negara Kebajikan. Ia hnaya memerlukan pengurusan kekayaan negara dengan penuh amanah dan cekap sahaja. Kerajaan Barisan Nasional sekarang banyak membelanjakan kekayaan negara kepada projek-projek mega yang menelan  ratusan bahkan ribuan juta ringgit(bilion!!) seperti Empangan Bakun yang sekian lama belum siap tetapi telah menelan ratusan juta, Litar Sepang, Putrajaya, Wilayah Pembangunan Iskandar, Projek East Coast Economic Region dan lain-lain pembaziran seperti Monsoon Cup dan Taman Tamadun Islam di Terengganu. Semua projek tersebut tidak mampu mengeluarkan rakyat dari jurang kemiskinan yang semakin melebar. Buktinya, Kemiskinan di Terengganu yang menduduki tangga ke 4 di zaman Pas memerintah, naik kembali menjadi negeri kedua termiskin di zaman Umno dan Barisan Nasional.

Fikir-fikirkan…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: