• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Januari 2008
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 231,271 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

    10/3/2011

    IMG_1701

    IMG_1702

    IMG_1703

    IMG_1704

    More Photos
  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

ISU KAFIR MENGKAFIR

ISU KAFIR MENGKAFIR : Fitnah yang tidur dibangunkan kembali
Posted on Saturday, January 26 @ 08:57:05 MYT by greenboc
Komentar Oleh al-bakistani

Kekufuran merupakan salah satu kezaliman yang dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran. 
Firman Allah;

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَاجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رَبِّهِ أَنْ آَتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِي وَأُمِيتُ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya;
          “Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) karena Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan,” orang itu berkata: “Saya dapat menghidupkan dan mematikan.” Ibrahim berkata: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,” lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”

(Surah Al-Baqarah : 258) 

 



Ayat dari firman Allah ini, menceritakan tentang debat yang berlaku diantara raja yang memerintah ketika itu dengan Nabi Ibrahim. Perdebatan yang melahirkan satu natijah, iaitu raja yang memerintah disebut oleh Allah sebagai orang yang kufur tidak dapat menjawab segala hujjah yang dikemukakan oleh Nabi Ibrahim yang akhirnya Allah melebelkan raja itu dari kalangan golongan yang melakukan kezaliman.


Dari itu, dapat difahami, antara perkara yang disebut sebagai zalim adalah melakukan amalan kufur terhadap Allah SWT.

Antara amalan kufur terhadap Allah adalah dengan menjadikan Yahudi dan Nasrani sebagai sandaran undang-undang kehidupan.

Firman Allah;

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya;
          “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”

(Surah Al-Maidah : 51)


ZALIM KEKUFURAN TIDAK BOLEH DISOKONG


Dengan kefahaman di atas, jelas kepada kita, kezaliman yang berbentuk kekufuran ini tidak selayaknya di sokong. Yang lebih jahat adalah, mengungkapkan beberapa ungkapan untuk menjatuhkan golongan yang berusaha hendak menjatuhkan kezaliman.


Mengeluarkan isu kafir-mengkafir ekoran berbeza fahaman parti, merupakan satu sikap yang tidak adil. Ini adalah kerana, banyak kenyataan-kenyataan golongan tertentu di akhir tahun 80 an dan di  awal 90 an dahulu yang sememangnya membawa kepada murtad.


Masih ingatkah lagi kenyataan-kenyataan berikut;

“apa erti Negara Islam jika mundur”
(Dato’ Abdullah Ahmad Badawi, 13 Nov 1999, berita Harian)

“tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”

(Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5 sep 1997, PWTC, perhimpunan Agung UMNO, Pita rakaman)

“Hukum rejam kepada penzina adalah primitif”
(Kenyataan Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad kepada wartawan, 3 Mac 1994 di Nilam puri, Kelantan, Pita rakaman)

“Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”
(Ucapan Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 3 mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan, Pita rakaman)

“Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran islam”
(Dato’ Seri Mahathir Mohamad, Ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 ogos 1994, Pita rakaman)

“Negara akan huru hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan”
(Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak, Utusan Malaysia, 20 april 1993) 

apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja”
(Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad, 14 Julai 1992, ucapannya kepada wartawan, pita rakaman)

“bagaimana kita boleh maju kalau orang islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama”
(Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, 2 mei 1992, ucapannya di papar sabah, pita rakaman)

Dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang menghina islam yang tidak perlu rasanya untuk dinukilkan dalam ruangan ini.


Dengan kenyataan ini sudah cukup jelas untuk dinyatakan, betapa ketika itu, ungkapan yang membawa kepada murtad dan terkeluar dari islam ini sememangnya berlaku dikalangan golongan-golongan tertentu.


TERKELUAR DARI ISLAM


Jika di rujuk buku-buku aqidah, pasti akan diketemui perbicaraan tentang perkara yang menyebabkan terkeluar dari Islam. Antaranya adalah;


a.       KITAB “MUHAZZAB SYARH AL-AQIDAH AT-TAHAWIYYAH”


Dalam kitab “Muhazzab Syarh Al-Aqidah At-Tahawiyyah” karangan Al-Imam Al-Qadhi ‘Ali bin Ali bin Muammad bin Abi Al-‘Iz Ad-Dimasyq ada menukilkan kata-kata Imam At-Tahawi yang menyebut;

وَلَا نُكَفِّرُ أَحَدًا مِنْ أَهْلِ الْقِبْلَةِ بِذَنْبٍ

Maksudnya;
          “Tidak boleh mengkafirkan seseorang daripada Ahli Qiblat dengan dosa yang dilakukannya”

Dalam mensyarahkan kata-kata Imam Tahawi ini, Al-Imam Al-Qadhi ‘Ali bin ‘Ali ada menukilkan kata-kata satu golongan ulama ‘Aqidah dengan kata mereka, “tidak boleh kita mengkafirkan seorang pun dari kalangan Ahli Qiblat, samada ia adalah orang munafiq yang mereka lebih mengkufuri terhadap Al-Quran, As-Sunnah dan Al-Ijmak berbanding  Yahudi dan Nasrani. Ini adalah kerana, mereka masih menzahirkan dua kalimah syahadah”


Pun begitu, Al-Imam Al-Qadhi ‘Ali bin ‘Ali menyatakan, “tidak ada khilaf diantara orang-orang islam, bahawa sekiranya seorang lelaki yang telah menzahirkan keingkarannya terhadap perkara wajib yang zahir dan mutawatir, dan perkara haram yang zahir dan mutawatir dan seumpama dengannya, maka hendaklah disuruh dia bertaubat. Jika dia bertaubat, (maka terimalah taubatnya), sekiranya mereka tidak (bertaubat), maka hendaklah dibunuh disebabkan mereka adalah kafir dan Murtad” (Muhazzab Syarh Al-Aqidah At-Tahawiyyah : m.s 232)


b.       AL-QAUL AS-SADID SYARH KITAB AT-TAUHID


Begitujuga, didalam kitab Al-Qaul As-Sadid Syarh Kitab Tauhid karangan Muhammad bin Abdul wahab, iaitu satu tokoh yang dilebelkan sebagai pembawa ajaran wahabi, bahawa beliau menyatakan;

من أطاع العلماء والأمراء في تحريم ما أحل الله أو تحليل ما حرمه فقد اتخذهم أربابا من دون الله

Maksudnya;
          “Barangsiapa taat kepada ulama dan pemerintah pada mengharamkan perkara yang Allah telah halalkan dan menghalalkan perkara yang telah Allah haramkan, maka sesungguhnya dia telah mengambil mereka sebagai syirik selain Allah SWT”(Al-Qaul As-Sadid Syarh Kitab At-Tauhid : m.s 134)

c.       KITAB “NAWAQID AL-ISLAM”


Didalam kitab “nawaqid Al-Islam” karangan Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, merupakan bekas mufti kerajaan Saudi Arabia, menyatakan bahawa, ada sepuluh perkara yang membatalkan Islam. antaranya kenyataan beliau;

الرابع : من اعتقد أن هدي غير النبي صلى الله عليه وسلم أكمل من هديه ، أو أن حكم غيره أحسن من حكمه ، كالذين يفضلون حكم الطواغيت على حكمه ، فهو كافر

Maksudnya;
          “yang keempat : barangsiapa beri’tiqad bahawa petunjuk yang lain dari Nabi SAW lebih sempurna daripada petunjuknya, atau bahawa sesungguhnya hukum yang lainnya (dari Nabi SAW) lebih baik daripada hukumnya, seperti mereka melebihkan hukum taghut atas hukumnya, maka dia adalah kafir” (Nawaqid Al-Islam : m.s 2)

الخامس : من أبغض شيئا مما جاء به الرسول صلى الله عليه وسلم ولو عمل به فقد كفر ؛ لقوله تعالى : { ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ }

Maksudnya;
          “yang kelima : barangsiapa marah akan sesuatu yang dibawa oleh Rasulullah SAW, walaupun dia beramal dengannya, maka dia adalah kafir. Ini  disandarkan kepada firman Allah “Yang demikian itu adalah karena Sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka” (Surah Muhammad : 9)” (nawaqid Al-Islam : m.s 3)

السادس : من استهزأ بشيء من دين الرسول صلى الله عليه وسلم أو ثوابه أو عقابه كفر ، والدليل قوله تعالى : { قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ }{ لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ }

Maksudnya;
          “yang keenam : barangsiapa yang mempermain-mainkan (mempersenda-sendakan) sedikit dari agama Rasulullah SAW, atau dari pahalanya atau dari azabnya, maka telah kafirlah ia. Dan dalilnya adalah firman Allah : Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman” (Surah At-Taubah : 65-66)” (Nawaqid Al-Islam : m.s 3)

 التاسع : من اعتقد أن بعض الناس يسعه الخروج عن شريعة محمد صلى الله عليه وسلم فهو كافر ؛ لقوله تعالى : { وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ }

Maksudnya;

“Yang Kesembilan : barangsiapa beri’tiqad bahawa sesungguhnya setengah manusia mempunyai ruang untuk keluar dari Syariah Muhammad SAW, maka dia adalah kafir. Ini berdasarkan firman Allah : “barangsiapa yang mencari lain dari islam sebagai agama, maka tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat daripada kalangan orang-orang yang rugi” (Surah Al-Imran : 85)” (Nawaqid Al-Islam : m.s 3)


d.       KITAB “ARKAN AL-ISLAM WA AL-IMAN”


Dalam kitab “Arkan Al-Islam wa Al-Iman min al-kitab wa As-sunnah sahihah”, karangan Muhammad bin Jamil Zino, iaitu salah seorang guru di Darul hadis Al-Khairiyyah di makkah Mukarramah menyatakan;

من نواقض الإيمان عدم الرضا بحكم الله , أو يرى فى حكمه ضيقا و حرجا فى نفسه لحكم الإسلام لقول الله تعالى (فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا) أو يكره الحكم الذي أنزله الله , لقول الله تعالى : ( وَالَّذِينَ كَفَرُوا فَتَعْسًا لَهُمْ وَأَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ , ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ)

Maksudnya;

“Sebahagian dari perkara yang membatalkan Iman adalah tidak redha dengan Hukum Allah atau dia melihat pada hukum-Nya adalah kesusahan pada dirinya bagi hukum Islam. ini didasarkan kepada firman Allah : “
Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya” (Surah An-Nisa’ : 65) atau dia membenci akan hukum yang telah Allah turunkan. Ini didasarkan kepada firman Allah : Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amal-amal mereka * Yang demikian itu adalah karena Sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka” (Surah Muhammad : 8-9) (Arkan Al-Islam wa Al-Iman : m.s 88)
 
e.   KITAB “MUSTIKA HADIS NABI SAW”



Menurut kitab Mustika Hadis Rasulullah SAW, Muqaddimah dan Jilid pertama” yang diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri ada menyatakan antara ungkapan-ungkapan yang boleh terkeluar dari islam adalah seperti berikut;

“hukum apa ini?” “hukum ini sudah lapuk” “Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalangi kemajuan” “dalam zaman yang serba maju ini, kaum wanita tak perlu di bungkus-bungkus” “berzina kalau suka sama suka apalah haramnya” “minum arak kalau dengan tujuan hendak menyehatkan badan untuk beribadat apa salahnya?” “berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya, apa salahnya?” “kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tak maju” “ berkata : perbuatan yang demikian tidak beradab – apabila diceritakan bahawa nabi SAW selepas makan, menjilat sisa makanan di jarinya” “berkata : aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunnah – apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah” “berkata : si anu dah mulai menyalak – semasa ia mendengar azannya” dan banyak lagi” (Mustika Hadis rasulullah SAW : 1/416-417)

dan banyak lagi ulasan-ulasan dari kitab-kitab aqidah tentang perkara ini yang tak perlu di ungkapkan semuanya.


MENGAMPU PELAKU KEZALIMAN


Setiap kezaliman memestikan wujud pelaku kepada kezaliman. Pelaku kepada kezaliman disebut sebagai orang yang zalim. Melakukan amalan zalim merupakan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.
 Sabda Nabi SAW, daripada Allah SWT;

يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا

Maksudnya;
          “Wahai Hambaku, sesungguhnya aku haramkan zalim atas diriku, dan aku jadikannya diantara kamu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu melakukan kezaliman sesame kamu” (sahih muslim : 4674)

Begitujuga, boleh dikira sebagai dosa adalah mereka yang cenderung terhadap golongan yang zalim. 


Firman Allah;

 وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

Maksudnya;
          “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka”

(surah Hud : 113)


Dr Yusuf Al-Qaradhawi ada menyatakan dalam satu siri kuliah beliau dalam http://www.youtube.com dengan kata beliau;


أخطر من الظلم أن يسكت على الظلم * أخطر من الظلم أن يمال الظلم


Maksudnya;
          “Perkara yang lebih bahaya daripada kezaliman, bahawa berdiam terhadap kezaliman * perkara yang lebih bahaya dari kezaliman, bahawa cenderung kepada kezaliman”[1]

Kenyataan Dr Yusuf Al-Qaradhawi itu disandarkan kepada sabda Nabi SAW, daripada Khalid yang berkata;

وَإِنَّا سَمِعْنَا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوْا الظَّالِمَ فَلَمْ يَأْخُذُوا عَلَى يَدَيْهِ أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمْ اللَّهُ بِعِقَابٍ

Maksudnya;
          “Sesungguhnya kami mendengar Nabi SAW berkata, apabila manusia melihat akan orang zalim, lalu dia tidak memegang tangannya, dibimbangi Allah menurunkan azab kepada mereka secara menyeluruh” (Sunan Abi Daud : 3775)

Dari kenyataan ini membuktikan, kecenderungan kepada mereka yang melakukan kezaliman, disamping tidak menegur terhadap kezaliman yang dilakukan oleh mereka, maka itu juga merupakan satu dosa disisi Allah SWT.


PENUTUP


Kebelakangan ini, ada sebilangan puak yang lahir di Lubnan sedang hebat merebak di Malaysia dinamakan sebagai ahbasy. Kelahiran puak ini pernah dinyatakan oleh Al-Qaradhawi dalam kitab beliau yang bertajuk “fatawa Muasarah” dalam jilid tiga.


Puak ahbasy ini telah mengambil sikap mengkafirkan golongan-golongan tertentu, sehingga mufti perlis juga menjadi sasarannya.

Maka dengan itu, bagi menjawab segala tohamahan itu, Mufti perlis telah menulis article dalam Mingguan Malaysia tentang fitnah takfir ini. 

Tetapi, apa yang amat malangnya, dalam tulisan tersebut, mufti perlis telah membuka luka lama yang sudah lama sembuh, iaitu fitnah kafir-mengkafir dalam era akhir tahun 80 an dan di awal 90 an.


Pada pandanganku, isu Ahbasy dan isu di era akhir 80 an dan di awal 90 an adalah dua isu yang berbeza. Ini adalah kerana, kritikan Ahbasyh terhadap beliau lebih bersifat tuduhan dan tohmah yang disandarkan kepada sangkaan sahaja, tetapi isu di era akhir 80 an dan di awal 90 an adalah isu yang reality berlaku, dimana banyak kenyataan akhbar dari golongan tertentu yang menyebabkan mereka terkeluar dari islam. (lihat pada fakta di atas).


Tulisan ini tidak berminat untuk mengungkapkan perbincangan tentang ahbasy lebih dalam, tetapi sekadar peringatan kepada Mufti Perlis yang sengaja hendak “cari pasal” dengan golongan yang tidak pro kerajaan BN di malaysia.


Mungkin di sini, ingin diingatkan kepada saudara Mufti Perlis agar mengingati satu hadis yang sanadnya agak lemah, tetapi sekadar peringatan, iaitu;

الفتنة نائمة لعن الله من أيقظها

Maksudnya;
          “Fitnah adalah sesuatu yang tidur, laknat Allah kepada mereka yang membangunkannya” (Sahih wa Doif Al-Jami’ As-Saghir : 8455)

hadis ini telah ditahqiq oleh Albani sebagai hadis yang doif. Pun begitu, menurut jumhur Ulama, harus beramal dengan hadis Doif pada perkara yang berkaitan dengan Fadhail, targhib dan tarhib sahaja. (‘Ulum Al-Hadis Asiluha wa Mu’asiruha : m.s 164)


maka dengan itu, pesanan kepada saudara Mufti Perlis agar tidak menimbulkan isu-isu yang telah selesai dibincangkan oleh golongan terdahulu. Dan tulisan ini pun, bukanlah sebagai untuk membuka cerita lama, tetapi untuk memberi penjelasan balik terhadap “fitnah”  disebalik tulisan saudara Mufti perlis dalam ruangan Pena Mufti dalam akhbar Mingguan Malaysia.

sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
Abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://al-bakistani.blogspot.com      

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: