• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Januari 2008
    I S R K J S A
    « Dis   Feb »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 232,413 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

SUWANDI & AZMAN DIBENAR IKATJAMIN

Suwandi dan Azman dibenar Ikat Jamin PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wan Kay, SM Noor
Sunday, 20 January 2008
The image “https://i2.wp.com/buletinonline.net/images/banners/suwandihanipa.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Kuala Terengganu, 20 Jan – 11.15 pagi – Peguambela, Fariz Irwan Mustaffa mengesahkan dari dalam mahkamah Kuala Terengganu bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu, membenarkan Suwandi dan Azman diikat jamin.

The image “https://i2.wp.com/buletinonline.net/images/banners/suwandihanipa.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Berikutan penangguhan Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu pada jam 8.00 malam 14 Januari lalu, terhadap Notis yang dibawa oleh Sdra Hanipa Maidin bagi membolehkan Azman dan Suwandi diikat jamin, Hakim yang menyambung sidang pada hari ini telah membuat keputusan sekitar jam 11.00 pagi pada pagi ini. Hakim membenarkan ikat jamin Azman dan Suwandi dijamin dengan jaminan RM3000 setiap seorang.
(Foto: Suwandi dan Hanipa di Pejabat Perhubungan PAS selepas dibenarkan ikat jamin) Keputusan tersebut telah disambut dengan laungan takbir ‘Allhu akbar’ oleh lebih 1000 orang yang berhimpun di luar mahkamah. Himpunan menyokong Azman dan Suwandi kemudian berzikir dan bertahmid membesarkan Allah, bersyukur dengan keputusan yang menggembirakan itu.  Himpunan dengan serta merta melancarkan derma kilat bagi mengutip sumbangan dari orang ramai untuk membiayai kos ikat jamin Azman dan Suwandi. Sebanyak RM 10,000 telah berjaya dikumpulkan dalam sekelip mata. Perhimpunan bersurai sekitar jam 12 tengahahri, dengan semua dijemput hadir ke majlis ceramah di Batu Enam pada malam ini.

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) – Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini membenarkan ikat jamin kepada Suwandi Ab Ghani dan Muhamad Azman Abd Aziz, mangsa tembakan peluru hidup polis dalam apa yang disebut-sebut sebagai “peristiwa keganasan polis” terhadap rakyat yang berhimpun secara aman.

The image “https://i1.wp.com/buletinonline.net/images/banners/2001082.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Walaupun Suwandi, 38, dari Kampung Binjai Rendah, Marang dan Azman, 21, dari Pasir Panjang, Kuala Terenganu dianggap menjadi “mangsa keganasan polis”, mereka pula yang dibebankan dengan tuduhan menghadiri “perhimpunan haram” di Batu Burok 8 September tahun lalu dan dengan sengaja “menyebabkan kecederaan” ke atas anggota polis.

Ketika memberitahu keputusan mahkamah itu, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub memberitahu, kedua-dua mereka dibenarkan ikat jamin sebanyak RM3000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Keputusan tersebut telah disambut dengan laungan takbir oleh lebih 5000 orang yang berhimpun di luar mahkamah, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

“Kita juga amat bersyukur ke hadrat Allah kerana sebaik sahaja mahkamah membenarkan ikat jamin itu, ahli-ahli dan para penyokong PAS yang berhimpun di perkarangan mahkamah berebut-rebut menghulurkan derma dan kita berjaya mengumpulkan RM10000 dalam masa tidak sampai 10 minit,” kata beliau.

The image “https://i2.wp.com/buletinonline.net/images/banners/2001081.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Selain bertakbir, mereka yang berhimpun di perkarangan mahkamah itu juga berzikir dan bertahmid memuji-muji Allah s.w.t. sebagai mensyukuri keputusan yang dinanti-nantikan itu.

Sebelum itu, ketika mahkamah bersidang, mereka juga mengadakan solat hajat yang diimamkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Timbalan Pesuruhjaya Negeri Terengganu, Datuk Haji Abu Bakar Chik.

Selain dari Salahuddin dan Abu Bakar, Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi adalah antara pemimpin PAS yang hadir dan dianggap mengetuai ahli-ahli dan para penyokong PAS yang berada di dalam dan di luar mahkamah.

Suwandi dan Azman dibela oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS, Hanipa Maidin. Pendakwaan pula diketuai oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail -Harakahdaily

Advertisements

Satu Respons

  1. jgn lupa syukur pada Allah,,ingat dakyah pemerintah masih banyak yang belum selesai..terima kasih kpda semia yang berusaha..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: