IDRIS JUSOH TIDAK MAHU JADI MB LAGI

DPPKT tertarik dengan berita utusan malaysia hari ini dengan tajuk MB Terengganu sedia ke Pusat?

**************************************************************************

idris.jpg

KUALA TERENGGANU 16 Jan. – Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh hari ini menyatakan kesediaannya untuk dilantik sebagai menteri Pusat selepas pilihan raya umum akan datang sekiranya pucuk kepimpinan tertinggi parti memutuskan sedemikian.

“Saya hanya seorang pekerja parti yang sanggup memberikan perkhidmatan dan sekiranya saya disuruh bertanding untuk kerusi Parlimen, saya akan berbincang dengan Perdana Menteri.

“Tetapi setakat ini saya tak tahu, tetapi saya akan ikut dan bersedia bertanding di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman di sini.

Idris diminta mengulas desas- desus yang bertiup kencang kononnya beliau akan bertanding kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang bagi membolehkannya dilantik sebagai menteri Pusat.

Khabar angin itu timbul ekoran kebolehan dan keupayaan Idris dalam memaju dan membangunkan negeri semenjak menerajui negeri ini empat tahun lepas mengagumkan banyak pihak.

Idris juga dikatakan mempunyai hubungan intim dengan pucuk tertinggi pimpinan parti khususnya Perdana Menteri.

Idris dilantik menjadi Menteri Besar selepas memenangi kerusi DUN Jertih dan memimpin Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas pilihan raya umum 2004.

 Macamana? Rasa-rasanya dah ada orang lain yang pasang niat nak jadi MB Terengganu BN selepas PRU12 akan datang. Siapa agaknya?
Selain Idris Jusoh, siapa lagi yang rapat dengan Perdana Menteri?
Bersambung……………
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: