• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Januari 2008
    I S R K J S A
    « Dis   Feb »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 232,380 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

2 LELAKI DITAHAN UNTUK BANTU SIASATAN

Di bawah ini kami paparkan perkembangan siasatan kes kehilangan Sharlinie beberapa hari lalu(dipetik daripada Utusan Malaysia).

2 lelaki diberkas — Pengawal ditahan bantu siasatan kes Nurin dan culik lain

TANGKAP… Suspek kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin (kepala ditutup) ditangkap di sebuah bangunan lama di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar NASIRRUDDIN YAZID.


KUALA LUMPUR 13 Jan. – Dua lelaki termasuk seorang pengawal keselamatan ditahan di ibu negara malam tadi dan pagi ini bagi membantu siasatan polis dalam kes pembunuhan Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin serta beberapa penculikan dan deraan seksual melibatkan sekurang-kurangnya enam kanak-kanak lain.

Penahanan kedua-dua lelaki itu memecah kebuntuan polis dan orang ramai yang menantikan perkembangan terbaru siasatan kes culik kanak-kanak perempuan yang kerap berlaku di Lembah Klang kebelakangan ini.

Kedua-dua lelaki berkenaan termasuk pengawal keselamatan berusia 32 tahun ditahan menerusi ‘Ops Sunti’ untuk menjejaki pembunuh Nurin Jazlin.

Dalam sidang akhbar di Johor Bahru hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika diminta mengulas mengenai kaitan penahanan tersebut dengan kes Nurin Jazlin berkata:

“Saya telah dimaklumkan (mengenainya). Siasatan masih lagi dijalankan.”

Nurin Jazlin, 8, hilang pada 20 Ogos lalu di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan mayatnya ditemui 27 hari kemudian di PJS2, Petaling Jaya.

Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah pula memberitahu, pengawal keselamatan itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).

Menurutnya, seorang lagi lelaki ditahan di Chow Kit di sini malam tadi oleh pasukan polis Bukit Aman dan butiran mengenainya belum diperoleh.

“Pengawal itu diberkas selepas polis menerima maklumat daripada orang ramai yang mendakwa wajah lelaki itu mirip fotofit penculik Nurin Jazlin yang disiarkan media sebelum ini.

“Dia ditahan untuk membantu siasatan. Penahanan itu tidak bermakna dia suspek utama kes ini kerana siasatan sedang dijalankan.

Kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas siasatan selesai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia petang ini.

Difahamkan, pengawal keselamatan itu telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.

Pada pukul 3 petang ini, polis dilihat membawa lima orang kanak-kanak perempuan mangsa culik dari sekitar Lembah Klang ke sebuah bangunan kosong terbiar di Jalan Tun Razak di sini yang terletak bersebelahan Menara Marinara.

Bangunan kosong terbiar itu ialah lokasi sama tempat pengawal keselamatan itu ditahan pada pukul 10 pagi ini.

Para penyiasat cuba mendapatkan pengesahan daripada lima mangsa terbabit sama ada bangunan itu tempat mereka ditahan dan menjadi lokasi persembunyian penculik.

Chin Wah meminta orang ramai terutama media supaya tidak membuat spekulasi dan menyebarkan khabar angin kerana siasatan ke atas lelaki-lelaki itu masih di peringkat awal.

Penahanan kedua-dua lelaki itu sangat signifikan bukan saja kepada siasatan kes Nurin Jazlin malah juga mungkin dapat membantu menyelesaikan kes-kes culik kanak-kanak perempuan lain.

Ini termasuk kehilangan Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dan Nur Fatiha Zaidi, 6, kedua-duanya dari Taman Medan, Petaling Jaya yang diculik dalam tempoh enam hari lalu.

Sharlinie diculik Rabu lalu dan sehingga lewat malam ini belum ditemui, manakala Nur Fatiha ditinggalkan oleh penculiknya di Wangsa Maju di sini kira-kira tiga jam selepas diculik pada hari Selasa lalu.

Tahun lalu, empat kanak-kanak perempuan dilaporkan menjadi mangsa culik lelaki yang menggunakan modus operandi ‘Abang Kucing’ di Kampung Baru di sini, tetapi mereka dilepaskan penculik selepas didera secara seksual.

Polis tidak menolak kemungkinan penculik adalah orang yang sama berdasarkan keterangan saksi-saksi dan juga modus operandi penjenayah itu yang berpura-pura mencari kucing untuk memujuk kanak-kanak mengikutnya.

Dalam perkembangan terbaru, kira-kira dua jam selepas ditahan dan disoal siasat di IPKKL hari ini, pengawal keselamatan berkenaan dibawa semula ke bangunan kosong di Jalan Tun Razak untuk tujuan pemeriksaan oleh Unit Forensik Polis Bukit Aman.

Lelaki terbabit kemudian dilihat dibawa keluar dari bangunan kosong itu dengan menaiki sebuah kereta Proton Waja kelabu oleh sepasukan polis IPKKL kira-kira pukul 1.30 petang ini.

Lelaki itu dikatakan bekerja sebagai pengawal keselamatan di bangunan tersebut sejak setahun lalu.

Dia dilihat memakai kemeja-T berwarna hitam dengan tangannya digari ke belakang manakala mukanya ditutup dengan kain.

Setelah berada di situ selama satu jam setengah, polis membawa keluar lelaki tersebut dari bangunan itu.

Wartawan Utusan Malaysia yang turut berada di lokasi itu kemudian menyaksikan lima kanak-kanak perempuan mangsa culik dibawa masuk ke dalam bangunan kosong yang sama.

Selepas kira-kira 10 minit membuat pengecaman, mereka keluar dari bangunan tersebut sebelum di bawa oleh polis dipercayai ke IPKKL untuk diambil keterangan lanjut.

Tinjauan mendapati kawasan di sekitar bangunan yang terletak kira-kira 200 meter dari ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) itu dipenuhi semak-samun.

Terdapat sebuah pondok pengawal di pintu masuk bangunan. Sepucuk senapang mainan plastik dilihat berada dalam pondok itu.

Utusan Malaysia difahamkan, pengawal yang ditahan itu mempunyai sebuah motosikal jenis Modenas Kriss berwarna hitam.

Sebelum ini, polis memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang mengandungi imej seorang lelaki bermotosikal Modenas Kriss yang meninggalkan beg berisi mayat Nurin Jazlin di sebuah pusat perniagaan di PJS2, Petaling Jaya pada 17 September lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini polis tidak dapat mengesan dan memberkas lelaki di dalam rakaman CCTV itu.

Nombor pendaftaran motosikal Modenas Kriss tersebut juga tidak dapat dikesan walaupun kualiti imej rakaman itu telah ditingkatkan menerusi bantuan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.

Pada Ogos tahun lalu, polis menahan enam orang termasuk dua wanita dalam beberapa serbuan di Shah Alam dan Seremban bagi membantu siasatan kes Nurin Jazlin.

Bagaimanapun, kesemuanya dibebaskan selepas polis mengambil keterangan mereka.

Sementara itu, bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abd. Jalil memberitahu, beliau teringin berjumpa lelaki yang ditahan berhubung kes pembunuhan anaknya itu.

“Saya nak sangat jumpa mereka. Walaupun mereka belum tentu suspek sebenar tetapi sebagai bapa saya nak tengok sendiri sesiapa saja yang ada kaitan dengan kes pembunuhan Nurin Jazlin,” ujarnya.

Bagaimanapun, setakat ini, polis belum memaklumkan kepada Jazimin mengenai sebarang penahanan mahupun perkembangan kes anaknya itu.

Advertisements

Satu Respons

  1. Apa yang mampu kita bantu?

    saya ada sedikit kemampuan untuk berkongsi cadangan dan tips , walaupun tak sebaik yang diperlukan pihak berkuasa tapi mungkin cara ini sedikit membuka ruang kepada kita semua untuk membantu dan mendapatkan apa saja maklumat yang boleh membantu mengesan kehilangan adik Sharlinie.

    :> http://abgfir.blogspot.com

    http://abgfir.blogspot.com/2008/01/apa-yang-mampu-kita-bantu-kehilangan.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: