Sekretariat Bertindak Anak Muda Malaysia telah melakukan protes terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang dianggap punca kelemahan kerajaan yang ada sekarang. Mereka telah menghantar memorandum simbolik iaitu bantal berwarna kuning kerana tabiat PM yang suka tidur ketika menghadiri acara-acara rasmi.
Pengerusi sekretariat tersebut, Badrul Hisham Shaharin berkata masa depan golongan muda di negara ini gelap selagi Abdullah menjadi Perdana Menteri.
“Kami telah mengadakan perbincangan sesama rakan-rakan sebelum mengambil keputusan menghantar bantal ini,” kata Badrul yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR.
“Kita kecewa dengan ketidakberkesannya Perdana Menteri mentadbir negara. Saya mendesak beliau melihat isu golongan muda secara serius,” katanya.
Menurutnya, banyak memorandum yang dihantar kepada Abdullah supaya mengambil serius mengenai pentadbiran negara, tidak mendapat balasan.
Badrul Hisham berkata, 2008 merupakan tahun kebangkitan golongan muda dan sehubungan itu pihaknya akan mengadakan beberapa tindakan dalam masa terdekat.
Filed under: Politik, Isu Semasa, Uncategorized | Tagged: AMK, anak muda, BN, pak lah, PM tidur, protes |
agak agak KJ tau tak pak mentua dia suka membuta?
Sikit sikit tido je……apa nak jadi ni?Bangsa lain tengok pun ketawa.