• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Januari 2008
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 231,292 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

    10/3/2011

    IMG_1701

    IMG_1702

    IMG_1703

    IMG_1704

    More Photos
  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

RAYUAN IKATJAMIN DITUNDA 14 JANUARI

Rayuan Ikat Jamin Suwandi, Azman ditunda kepada 14 Jan, 08 – Tujuh dilepaskan dengan jaminan polis PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh WanKay
Monday, 07 January 2008
The image “https://i1.wp.com/buletinonline.net/images/berita2/suwandiazmanreman.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu, 6 Jan– Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menunda permohonan mangsa tembakan peluru hidup dalam Tragedi Berdarah Batu Burok 8 September lalu, Suwandi Ab Ghani dan Muhamad Azman Aziz untuk mendapatkan jaminan kepada 14 Januari ini. Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan demikian setelah pihak pendakwa yang diketuai sendiri Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pihak pembela, peguam Mohamed Hanipa Maidin serta Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong mengemukakan hujah masing-masing.

Permohonan untuk mendapatkan jaminan itu dibuat setelah Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Hassan Abdul Ghani  pada 9 Disember lalu tidak membenarkan Suwandi dan Azman ikat jamin.

Hassan juga mengekalkan keputusan itu pada perbicaraan 30 Disember lalu.

Abdul Gani semasa berhujah mengemukakan bantahan awal terhadap afidavit pemohon yang terdapat beberapa kesilapan yang baginya adalah afidavit cacat dan sangat lemah.

Antara perkara yang dibantah dalam afidavit tersebut berkait dengan tandatangan peguam, ikrar, masa, hubungan kekeluargaan dan penghujahan atau pendapat.

Mohamed Hanipa pula berhujah apa yang dihujahkan oleh Abdul Gani itu tiada apa-apa notis bertulis.

Beliau turut mempersoalkan apa yang dikatakan oleh Abdul Gani terhadap afidavit pemohon sebagai afidavit defektif tetapi dalam masa yang sama menjawab afidavit berkenaan.

Beliau juga berhujah beberapa kesilapan yang berlaku dalam afidavit pihak pendakwa.

Selain beliau dan Wan Abdul Muttalib, turut mewakili Suwandi dan Azman ialah Wan Zainuddin Wan Musa, Haji Othman Mohd Noor, Kamaruzaman Abdul Wahab, Aminuddin Zulkifli, Khairuddin Osman dan Fariz Irwan Mustafa.

Wan Muttalib pula mengakui tentang kesilapan kemanusiaan itu yang menggunakan komputer tetapi tiada ada sebab dari segi undang-undang untuk memberi peluang kepada kedua-dua tertuduh untuk mendapatkan keadilan.

Baginya, kesilapan boleh dibuat pembetulan dan memohon untuk memasukkan afidavit pembetulan kerana pihak Peguam Negara tiada apa-apa halangan untuk membuat pembetulan supaya apabila dibawa ke atas berada di atas landasan yang betul.

Abdul Gani tidak membantah terhadap permohonan itu kerana baginya kedua-dua pihak harus menegakkan dari segi keadilan dan diperbetulkan mengikut undang-undang.

Sehubungan itu, beliau tidak mahu ada pihak yang memenangi kes di mahkamah di atas kesilapan yang tertentu.

Turut mewakil pihak pendakwaan ialah Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof.  

Sementara itu,  tujuh orang pemuda yang ditahan pada sebelah pagi  diperkarangan mahkamah Kuala Terengganu telah dibebaskan pada lewat petang semalam. Salah seorang dari mereka, Ustaz  Tarmizi Jaafar, ketika dihubungi oleh Buletinonline malam ini memberitahu bahawa, kesemua meraka dilepaskan dengan jaminan polis. 

“ AlhamduliLlah kami semua dilepaskan pada waktu hampir maghrib, setelah diambil keterangan oleh Inspektor Amirudin” jelas Ustaz Tarmizi.

“Namun begitu, kami diberikan satu surat untuk kembali melapor kepada Balai polis pada 20 Januari, 2008”

Mereka tidak dikenakan apa-apa pertuduhan, namun begitu kebimbangan berulangnya peristiwa seperti Insiden Batu Buruk 8 September lalu, dimana pertuduhan dibuat kemudian, setelah mereka melaporkan diri di balai polis.

2 Respons

  1. sy nk mitok jasa baik ustz,mitok ustz hantr brite2 terbaru tntang suwandi n azman..sb sy skrg sdg menuntut ilmu di bumi mesir..utk pngthaun ustz,sy adik suwandi jd memndgkan sy sorg jauh dari kluarga sy xdpt tau pe2 berite terkini ttg abg sy…sy amat mitok2 sgt2 jase baik ustz…kdg2 sy ssh untk menghubungi kluarga sy di malaysia..syukran..

  2. Setahu ambe.. selalunya pelajar kita kat mesir lbh ke depan dari kami di malaysia.. kekadang anda lebih dahulu mengetahui perkembangan berita dan peristiwa yg berlaku di tanahair.. Sama-sama kita doakan semoga abg enta dann azman akan dibenarkan ikat jamin pada 20/1 nanti..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: