VIDEO SEKS PEMIMPIN POLITIK

mca_sex_dvd.jpg

MUAR 30 Dis. – Cakera padat digital (DVD) yang didakwa mengandungi adegan hubungan seks antara seorang pemimpin politik nasional berasal dari Johor dengan seorang wanita berusia 20-an kini tersebar di Muar dan Tangkak sejak semalam.

Selepas penyebaran meluas secara per cuma di Muar kelmarin, DVD tersebut dikatakan mula disebarkan pula ke daerah Batu Pahat hari ini.

Rakaman hubungan seks itu yang diam bil menerusi kamera litar tertutup (CCTV) selama sejam dipercayai dirakamkan di dalam sebuah bilik hotel.

Bagaimanapun, lokasi hotel itu tidak diketahui.

Sejak laporan mengenai DVD itu tersiar dalam beberapa akhbar berbahasa Cina hari ini, DVD tersebut dikatakan ‘disembu nyikan’ oleh para pengedar kerana bim bang tindakan polis.

DVD itu mengandungi dua bahagian iaitu A dan B yang diedar secara percuma di beberapa lokasi sejak malam semalam.

Bahagian A memaparkan aksi lucah hu bungan seks antara seorang lelaki yang didakwa sebagai pemimpin politik dengan seorang wanita menggunakan satu kamera CCTV.

Bahagian B pula menayangkan rakaman hubungan seks dari empat penjuru dari pada kamera CCTV berlainan melibatkan ‘pelakon’ yang sama.

Berdasarkan gerak tubuh dan bayangan dalam DVD itu, masyarakat di Muar per caya ia hampir 70 peratus menyerupai wajah pemimpin politik tersebut.

Namun, percakapan serta wajah pemim pin itu dari dekat tidak begitu jelas digam barkan di dalam DVD itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail yang dihubungi Utusan Malaysia petang ini memberitahu, pihaknya masih belum me nerima sebarang laporan berhubung pe nyebaran DVD itu.

“Sehingga petang ini belum ada laporan yang diterima, justeru kita tidak boleh siasat dan buat apa-apa kenyataan setakat ini,” katanya- Utusan

Apabila berlakunya skandal seks sebegini, dan polis belum dapat jawapan lagi siapaah yag terlibat, maka orangramai akan membuat telahan sendiri. Pasti ada yang akan tuduh si anu, si anu.

Jadi tindakan terbaik ialah pihak polis hendaklah segera menjejaki ‘pelakon aksi lucah’ tersebut bagi menutup spekulasi-spekulasi yang tidak tepat.

Advertisements

11 Respons

  1. apa jadinya ! sebuah negara
    salam kenal dari indonesia
    saya undang ke
    http://www.pesantrend.wordpress.com dan
    http://www.bancakan.wordpress.com

  2. […] Malaysia tercinta kita. Jangan asyik naikkan minyak dan membuat kontroversi saja. La.. Ada plak aksi lucah pemimpin UMNO yang dirakam lah pulak. Apa nak jadi. Sendiri buat, tanggung la sendiri. […]

  3. Saper menteri tu eh?

  4. Chua Soi Lek

  5. Kesian Chua Soi Lek,bkn kesian kerana simpati tetapi kesian dlm byk2 org BN yg ada nama,kedudukan dan keluarga aksi blue film dia pulak yg keluar, percuma pulak tu!
    Tapi apa blh buat Malaysia kan BOLEH, tak hairan lah kalau aksi beliau yg blh ditonton
    sebab BN memang tak tahu malu,harap ada syrikat yg menawarkan beliau jadi pelakon
    sudah tentu akan mempopularkan beliau,MCA dan BN.

  6. Apakah komen yang berilmu tetapi tidak selari dengan nafsu sdr maka tidak disiarkan. Berfikiran terbukalah agae blogspot sdr dibaca dari pelbagai persepktif dan betul-betul bersifat bebas! Janran cakap tidak serupa bikin.

  7. KOMEN yg mana dimaksudkan? “jangan cakap tidak serupa bikin?” Cakap yg mana pulak? Tak Faham..
    Untuk pengetahuan saudara saudari pembaca, segala komen saya siarkan melainkan komen yg mengandungi perkataan-perkataan keji, maki hamun kata nista termasuklah dri pro pembangkang.
    HARAP MAKLUM.

  8. emm..suasana yg menjemput kemurkaan Allah dan meghilangkan keberkatan bumi Malaysia seterusnya memangil bala Allah.

  9. Perkara begini perlu dibendung dengan memperbanyakan lagi kerja2 dakwah didalam media2 cetak dan masjid2 perlu lebih terbuka dan mengikut peredaran zaman…
    http://www.cikgustaz.wordpress.com – dunia ICT dunia yg mencabar.

  10. umno perlu di refurbish, di rejuvenate dan di retroffitting

  11. jangan bukak aib orang…:)
    tak baek…
    delete la bahagian ni…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: