KEPUTUSAN PMR 2007

Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu mengucapkan TAHNIAH kepada semua pelajar yang berjaya dalam keputusan Peperiksaan Menengah Rendah yang keluar beberapa hari lalu.

Berikut merupakan petikan berita Utusan Malaysia 27 Disember lalu.

Seramai 27,668 atau 5.9 peratus daripada 469,401 calon yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini berjaya memperoleh Gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Daripada jumlah itu, seramai 24,582 atau 5.2 peratus calon yang mendapat gred A itu adalah dari sekolah kerajaan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, jumlah yang mendapat gred A menunjukkan peningkatan membanggakan berbanding tahun 2006 yang mencatat seramai 20,154 (4.5 peratus) calon manakala tahun 2005 adalah seramai 20,101 calon atau 4.9 peratus.

‘‘Ini menunjukkan sistem pendidikan kebangsaan kita telah berjaya melahirkan semakin ramai murid cemerlang.

‘‘Malah, ia juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai modal insan kelas pertama melalui pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan analisis keputusan PMR 2007 di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Datuk Mohammed Zakaria Mohd. Nor.

Seramai 469,401 calon menduduki peperiksaan PMR tahun ini dan daripada jumlah itu, 437,888 calon atau 93.3 peratus adalah dari sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran.

Alimuddin berkata, jumlah calon yang belum menguasai tahap pencapaian minimum semua mata pelajaran yang diambil (Gred E) tahun 2007 mengalami peningkatan iaitu 559 orang berbanding 524 pada tahun 2006.

‘‘Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan jumlah calon yang cemerlang, ia adalah sangat sedikit dan tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak,” katanya.

Beliau berkata, di kalangan calon istimewa pula, daripada sejumlah 968 orang, seramai lima orang (0.5 peratus) berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding enam orang (0.6 peratus) tahun 2006.

‘‘Seramai 23 orang (2.4 peratus) calon istimewa belum menguasai tahap pencapaian minimum (Gred E) semua kemahiran berbanding 18 orang (1.9 peratus) tahun sebelumnya,” katanya.

Pada sidang akhbar yang sama, Alimuddin berkata, peratusan murid yang menguasai kemahiran Matematik dalam PMR tahun ini telah meningkat dengan ketara iaitu 87 peratus berbanding 82.8 peratus (2006) dan 84.1 peratus (2005).

Beliau menambah, peratusan murid yang menguasai kemahiran Sains dalam PMR tahun ini adalah stabil iaitu 89.1 peratus berbanding 90.2 peratus (2006) dan 90.1 peratus (2005).

‘‘Bilangan murid yang cuba menjawab soalan dalam bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains semakin meningkat sejak Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada tahun 2005.

‘‘Pada PMR tahun ini, seramai 254,270 (55.5 peratus) calon menjawab dalam bahasa Inggeris berbanding 241,401 (55.1 peratus) tahun 2006,” katanya.

Menyentuh aspek pencapaian murid luar bandar dan bandar dalam Sains dan Matematik pula, beliau berkata, tiada perbezaan ketara walaupun penguasaan mereka dalam kedua-dua mata pelajaran itu meningkat setiap tahun.

‘‘Peratusan murid luar bandar yang menguasai kemahiran Matematik pada PMR 2007 adalah 84.5 peratus berbanding 88.2 peratus murid bandar.

‘‘Bagi Sains pula, peratusan murid luar bandar adalah 88.2 peratus manakala di bandar adalah 89.4 peratus,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: