• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Disember 2007
    I S R K J S A
    « Nov   Jan »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 232,078 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

    10/3/2011

    IMG_1701

    IMG_1702

    IMG_1703

    IMG_1704

    More Photos
  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

PEMUDA K. TRG MELAWAT AZMAN DI PENJARA

Dato’ Mustafa Ali lawat Azman di penjara Marang PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh AYu
Monday, 17 December 2007
Marang, 17 Dis – Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Mustaffa Ali menziarahi Muhammad Azman, salah seorang mangsa yang ditembak dengan peluru hidup didalam Insiden Berdarah Batu Burok, yang kini ditahan di Penjara Terbuka Marang.

Turut hadir bersama Dato’ Mustaffa Ali ialah seisi keluarga Azman, Ibu, Ayah dan empat adiknya. Azman  kelihatan ceria berbual pada pertemuan selama 40 minit itu y turut disertai ayah, ibu serta empat orang adik beradiknya.

Rombongan lawatan jam 3.00 petang itu turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ahmad Kamal Ali dan Setiausaha Urusan Ulamak PAS Kawasan Marang, Ustaz Suhairi Daud.

Pada sebelah pagi, beberapa kepimpinan PAS turut serta dalam lawatan keluarga Suwandi Ab Ghani.

Antara yang hadir ialah Cikgu Mohd Draman, Tim Pengarah IKP, Ustaz Saharizukirnain Ketua Lajnah Kebajikan Pemuda PAS negeri, dan Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Ustaz Hassan Mohd Salleh.

Suwandi dan Azman ditahan reman di penjara tersebut  sehingga hari perbicaraan pada 30 dan 31 Disember depan.

Inilah pertama kali dalam sejarah perundangan di Malaysia tertuduh ditolak ikat jamin dan ditahan di penjara, diatas dakwaan kes yang boleh diikat jamin (bailable) . Selain itu juga kehadiran Peguam Negara yang turun sendiri menjadi pendakwaraya didalam kes Batu Burok mengejutkan semua pihak.

Sehubungan dengan itu, usaha guaman sedang dibuat untuk menyemak perintah reman di penjara keatas Suwandi dan Azman melalui ‘judicial review’ yang akan difailkan oleh Tetuan Aziz & Co. Sekiranya semakan penghakiman (judicial review) ditolak, peluang untuk rayuan (appeal) akan dibuat, memandangkan perbicaraan keatas Suwandi dan Azman dijangka berlarutan.

Selain Azman dan Suwandi, seramai 20 orang lain yang berkaitan dengan Insiden Berdarah Batu Burok akan didakwa dibawas seksyen 27(5) ‘menghadiri perhimpunan haram tanpa permit’. Sebutan kes akan didengar 2 & 3 Januari, 2008.

Sementara seorang pemuda yang ‘kurang akal’ yang di tuduh merosakkan kemudahan awam berhubungkait dengan Insiden 8 September akan dihadapkan kemahkamah pada 26 dan 27 Disember akan datang.

Advertisements

4 Respons

  1. Camner ni asyik duk cedok berita dari laman lain.. Gi penjara tu pung tumpang orang jer.. Kalu tidak kerana orang lain pi, pakat tak pi dah.. Hangpa bila nok buat program sendiri.. Duk tidoq lagi ker..?

  2. terima kasih atas teguran. dah lama tunggu orang seperti saudara utk beri komen ‘membina’. Program Dato’ Pesuruhjaya Pas Terengganu memang Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu yang anjur dan aturkan. Manakala program sebelah paginya(melawat Suwandi) adalah kerjasama antara Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu dan Pas Kawasan Marang bersama keluarga Suwandi Abdul Ghani. Cuma menjadi suatu kelemahan di pihak moderator weblog ini ialah tidak sempat untuk menulis sendiri berita tersebut atas sebab kekangan masa.

  3. pelik negara malaysia…polis yang tembak rakyat tapi rakyat kena masuk lokap sepatutnya polis kena masuk lokap…tabahkan sahabat ku yg dipenjara ini semoga terus istiqomah,,,,…..amin….wslm

  4. PEMUDA KUALA TERENGGANU MENYERU KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM KHUSUSNYA PEMUDA2 UNTUK BERSOLAT HAJAT UNTUK KSELAMATAN SUWANDI DAN AZMAN DALAM PENJARA SERTA KEMENANGAN KES PERBICARAAN MEREKA PADA 30 DAN 31 DISEMBER INI.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: