• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Disember 2007
    M T W T F S S
    « Nov   Jan »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 231,292 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

    10/3/2011

    IMG_1701

    IMG_1702

    IMG_1703

    IMG_1704

    More Photos
  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

MAT SABU HALANG POLIS?!

TERKINI!! Abang Mat Sabu didakwa di mahkamah hari ini atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Sila baca berita Utusan Meloya di bawah, dan kaitkan kisah sebenar Abang Mat pada hari beliau ditahan.

Mohamad Sabu didakwa halang tugas polis

NIBONG TEBAL 12 Dis — Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jawi di sini atas tuduhan menghalang penjawat awam melaksanakan tugas pada Ahad lepas.

Mohamad, 53, dituduh menghalang Supt Mohd Nasir Salleh melaksanakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur terhadapnya.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan Plaza Tol Bukit Tambun, Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) berhampiran susur keluar lebuh raya dari arah Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada kira-kira pukul 7.45 petang, Ahad lepas.

Mohamad yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Izham Ali membenarkan beliau diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Feb depan untuk sebutan semula kes itu.

Mohamad diwakili lima peguam iaitu Asmuni Awi, Darshan Singh, Abdul Halim Mohd Nor, Mohd Afif Abdullah dan Aqbal Shiffuddin Adnan Sallehuddin manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat ketika ditemui di luar mahkamah berkata, kira-kira 300 pegawai dan anggota polis ditempatkan di sekitar daerah ini bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau berkata, langkah itu diambil memandangkan kira-kira 100 penyokong Mohamad berkumpul di luar kawasan mahkamah sejak awal pagi ini.

“Kita mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keadaan terkawal,” katanya.

Sebaik sahaja keluar dari bangunan mahkamah selepas selesai membayar wang jaminan, Mohamad dilihat berucap di hadapan penyokongnya bagi menjelaskan perkembangan kes itu.

Sejurus selepas Mohamad selesai berucap, penyokongnya melaungkan takbir dan berdoa sebelum bersurai.- Bernama


SUATU YANG PELIK BIN AJAIB apabila seorang bapa yang ingin menghantar anak menantunya yang baru kawin tetiba dihalang, ditahan, dikasari, dipecahkan cermin pintu kereta, dan seterusnya didakwa oleh polis atas tuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Tugas apa yang dimaksudkan ? TUGAS POLIS MENZALIMI RAKYAT? ATAS ARAHAN PENGUASA YANG ZALIM!!

Fikir-fikirkan, SIAPA YANG MENGHALANG SIAPA? 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: