HAK ANDA BILA BERHADAPAN DENGAN POLIS-SIRI 5

Himpunan 10 Nov – Apa hak anda bila berhadapan dengan polis? (Siri V)

Saari Sungib
Wed | Nov 07, 07 | 11:29:18 am MYT
Jika direman, hendaklah saudara pastikan perkara-perkara berikut:

<!––>

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.<!–

Advertisement

–>

* Semasa ditahan di balai polis, selain pegawai perakam atau pegawai penyiasat mengambil keterangan biasa, mungkin ada SB (Polis Cawangan Khas) masuk untuk mendapatkan maklumat (intelligence report) daripada saudara. Saudara tidak diwajibkan untuk menjawab sebarang soalan SB tersebut bagaimana sekali pun SB itu menakut-nakutkan, mengancam atau mengugut saudara.

* Ketika direman, dalam soal-siasat tidak ada seorang pun pegawai penyiasat yang boleh memberi apa-apa tekanan bagi memaksa saudara memberikan keterangan atau pengakuan. Ingat sebarang kenyataan yang saudara berikan tentang apa-apa kesalahan jenayah boleh digunakan terhadap diri saudara di bawah Seksyen 27 Akta Keterangan. Oleh itu jika saudara tidak pasti mana-mana kenyataan saudara boleh diimplikasikan oleh polis sebagai satu jenayah, maka lebih afdal saudara tutup mulut!

* Saudara mesti meminta seorang peguam untuk membela saudara semasa soal-siasat tahanan reman. Jangan sekali membuka mulut menjawab soalan pegawai penyiasat sehingga seorang peguam mewakili saudara. Selagi mana tiada peguam yang datang, selagi itulah saudara tidak perlu menjawab soalan polis. Sebagai contoh, jika majistret meluluskan lima hari untuk tahanan reman saudara dan lima hari itu tiada seorang peguam pun yang datang, maka selama lima hari itulah saudara mesti plaster mulut saudara di hadapan polis!

* Ingat, tidak memberi keterangan tanpa kehadiran peguam adalah hak saudara. Tetapi ingat, dalam tempoh itu saudara mesti berada dalam bilik soal-siasat dan bukannya dalam lokap. Jika dalam tempoh itu, dari pukul 6:30 pagi hingga pukul 6:30 petang saudara masih tidak dibawa keluar daripada lokap dan ditempatkan dalam bilik soal-siasat, maka bererti polis melakukan pelanggaran terhadap undang-undang. Kesalahan polis adalah menipu majistret kerana mendapatkan tempoh reman lima hari itu bukan untuk menjalankan soal-siasat tetapi semata-mata mahu menghukum saudara dengan membiarkan saudara merengkok dalam lokap!

*Jika perkara ini berlaku, setelah saudara bebas saudara boleh mengenakan tindakan sivil dan menuntut bayaran ganti rugi daripada pegawai polis yang terlibat dan Kerajaan Malaysia kerana telah menangkap dan menahan saudara secara tidak sah. Kalau betul haribulan, saudara boleh menang kes dan dapatkan bayaran ganti rugi. Mungkin tidaklah sampai RM2.5 juta!

* Apa sahaja tindakan saudara untuk tidak mahu membuka mulut hendaklah saudara lakukan secara sopan santun dan tidak menjadikannya sebagai suatu yang bersifat peribadi terhadap mana-mana anggota polis. Saudara hanya mahu mendapatkan hak saudara yang diperuntukkan oleh undang-undang dan Perlembagaan. Saudara tidak bermusuh dengan polis. Polis juga tidak bermusuh dengan saudara. Apa yang berlaku adalah polis menyangka mereka membuat perkara yang betul. Padahal tidak! Banyak bukti yang menunjukkan bahawa mereka bertindak di atas arahan politik Umno-BN!! Sebenarnya kerajaan Umno-BN gagal melatih polis untuk melakukan kerja mengikut peraturan dan undang-undang. Kerajaan Umno-BN tidak mentarbiyah polis untuk menghormati hak asasi manusia. Sebab itulah secara berterusan polis bertindak mencabul hak asasi tahanan dan orang-orang yang direman.

* Sebaik sahaja tempoh reman berakhir, pihak polis mungkin secara rasmi mengemukakan dakwaan ke atas saudara, atau; membebaskan saudara dengan jaminan polis, atau; membebaskan saudara tanpa syarat.

* Jika saudara didakwa, biasanya dalam kes seperti menghadiri perhimpunan aman, saudara boleh diikat jamin. Pastikan peguam saudara memohon bayaran ikat jamin yang menasabah atau sebaik-baiknya yang paling minimum.

* Sebaik sahaja saudara bebas dari balai polis, hendaklah saudara pergi ke klinik untuk mendapatkan laporan doktor jika terdapat kesan-kesan luka, calar atau bengkak pada anggota saudara terutama jika saudara dikasari semasa berada di balai atau dalam lokap polis. Simpan laporan doktor itu dengan baik bagi tujuan tuntutan sivil yang mungkin saudara lakukan pada masa depan.

* Sebarang tindakan sivil terhadap polis dan Kerajaan Malaysia hendaklah saudara kemukakan kepada mahkamah dalam tempoh tidak lebih dari TIGA TAHUN dari tarikh saudara ditangkap!.

Saya doakan saudara tidak ditangkap dan dimasukkan ke lokap. Tetapi jika ia ditakdirkan berlaku ke atas saudara, saya boleh jamin apa yang saudara akan lalui itu bakal menjadi kenangan manis dan pengalaman yang cukup berharga dalam merakamkan sumbangan saudara dalam perjuangan untuk “Kembalikan Hak Rakyat!”. Jangan takut!.

Selamat Berjuang
Tetapi, berjuang selalunya tak selamat! – mr

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: