PETA LOKASI HIMPUNAN 100K

Peta Lokasi Himpunan 100 Ribu
Posted on Tuesday, November 06 @ 19:35:47 MYT by SongkokPutih
Berita Oleh Herman Samsudeen

 Sumber : http://10nov.
himpunan.info

Bagi memudahkan rakyat menyertai Himpunan Aman 100 ribu anjuran BERSIH, dilampirkan peta lokasi dan pengangkutan awam ke Dataran Merdeka.

Para peserta digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti, Bas, LRT Star, LRT Putra dan komuter. Berdasarkan maklumat yang diterima, jumlah penyertaan dari seluruh negara pada masa ini telah melebihi 100 ribu. Oleh itu pengangkutan awam amatlah sesuai pada hari berkenaan dan segala kenderaan dari luar bolehlah di letakkan di stesen-stesen pengangkutan awam dipinggir Kuala Lumpur. (Klik gambar untuk besarkan)

Para peserta Perhimpunan yang masuk ke Kuala Lumpur sebelum pukul 3 petang, boleh berkumpul di tempat-tempat berikut;
1. Kompleks SOGO : Berhenti di Stesen Bas Sogo @ Stesen Komuter Bank Negara @ Stesen LRT STAR Bandaraya
2. Masjid Jamek KL : Berhenti di Stesen Bas Masjid Jamek @ LRT STAR @ PUTRA Masjid Jamek
3. Masjid Negara : Berhenti di Stesen Komuter @ Stesen Kereta api Kuala Lumpur
4. Pasar Seni : Berhenti Stesen Bas Bangkok Bank @ LRT Putra Pasar Seni

Disetiap tempat ini akan ada pmpinan dan sekretariat BERSIH yang akan menunggu. Pada pukul 3 petang semua akan berkumpl di Dataran Merdeka.
Para peserta dinasihatkan untuk membawa sedikit makanan dan minuman beserta anggota keluarga kerana Perhimpunan Aman ini juga adalah untuk semua. Kita datang dengan aman dan kita berkelah beramai-ramai di Dataran sambil mendengar amanat pimpinan BERSIH sebelum berarak ke Istana Negara.
Bagi peserta muslim, dinasihatkan untuk bersolat Zohor lebih awal atau melakukan Solat Jamak bagi mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: