BERIKUT adalah perkembangan terkini persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak:
11.25 pagi: Sidang DUN kecoh semula selepas 10 minit apabila Sivakumar mengarahkan 10 ADUN keluar Dewan.
11.16 pagi: Suasana dalam Dewan tiba-tiba tenang selepas kedua-diua pihak mengadakan ‘sidang’ masing-masing. Pihak BN berkata, sidang ditangguhkan selama sejam.
10.58 pagi: Kasut dilemparkan ke arah ADUN BN yang sedang mengadakan ‘sidang’ mereka sendiri di dalam Dewan.
10.56 pagi: Ganesan dikurniakan jubah dan ‘mengangkat sumpah’ sebagai Speaker baru.
10.51 pagi: Kumpulan ADUN BN ‘melantik’ Datuk R Ganesan sebagai Speaker baru menggantikan Sivakumar walaupun sidang masih belum dirasmikan oleh Raja Muda Perak.
10.30 pagi: 10 ADUN tetap bertegas enggan keluar dari Dewan.
10.20 pagi: Dr Zambry membuat usul untuk memecat Sivakumar dari jawatan Speaker DUN.
10.05 pagi: Sivakumar mengarahkan 10 ADUN iaitu Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco dan tiga ADUN Bebas keluar dari Dewan.
10 pagi: Speaker DUN, V Sivakumar masuk ke dalam Dewan dan membuat tiga ketetapan.
9.50 pagi: Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub ditahan polis.
9.45 pagi: Pihak polis menghalang orang ramai berteduh di bawah ‘Pokok Demokrasi’.
9.45 pagi: Anggota DUN, tetamu khas dan wartawan dibenarkan masuk ke Dewan dengan kawalan ketat termasuk menggunakan mesin pengimbas.
9.35 pagi: Beberapa individu lagi ditahan di kawasan sekitar bangunan SUK. Ahli Parlimen Ipoh Timur dan Ipoh Barat iaitu Lim Kit Siang dan M Kulasegaran dihalang memasuki kawasan tersebut.
9.30 pagi: Raja Nazrin Sultan Azlan Shah tiba di pekarangan bangunan SUK dan memeriksa barisan kehormat.
9.25 pagi: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tiba di pekarangan bangunan SUK dan menerima tabik hormat dengan diiringi Speaker DUN, V Sivakumar dan Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri.
9.20 pagi: Speaker DUN Perak, V Sivakumar tiba di pekarangan bangunan SUK dan menerima tabik hormat dengan diiringi Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri.
9.05 pagi: Seramai 11 individu yang ditahan kerana menimbulkan kekecohan dibawa keluar dari kawasan bangunan SUK menggunakan trak polis.
8.50 pagi: Ahli Parlimen Ampang dari PKR, Zuraida Kamaruddin dan ADUN Teratai dari DAP, Jenice Lee adalah antara 11 individu yang ditahan polis kerana menimbulkan kekecohan menjelang perasmian sidang DUN Perak.
8.45 pagi: Pembantu khas kepada ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP, P Sugumara ditahan polis di pekarangan bangunan SUK.
8.25 pagi: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memasuki kawasan bangunan SUK, diikuti beberapa ADUN daripada Pakatan Rakyat.
8.15 pagi: Tiga individu yang memakai kemeja T tertera mesej ‘Kembalikan Hak Rakyat’ ditahan pihak polis.
7.30 pagi: Kakitangan bangunan SUK mula memasuki pejabat masing-masing.
Filed under: Politik, Isu Semasa







JADUAL PENGAJIAN ILMU BULAN MEI
2009
Tarikh: 14 Jumadilawal 1430H/ 9 Mei 2009M (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi
Lokasi: Masjid al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur
Tuan Guru: al-Fadhil Dato Haji Salleh Haji Ahmad dan al-Fadhil Ustaz Haji Zamihan Mat Zin
Kitab: Iqna’ (Dato Haji Salleh) dan Jauharatut Tauhid (Ustaz Zamihan)
Tarikh: 15 Jumadilawal 1430H/ 10 Mei 2009M (Ahad)
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
Kitab: Sairus Salikin Jilid 1
Tarikh: 21 Jumadilawal 1430H/ 16 Mei 2009M (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
Kitab: Sairus Salikin Jilid 1
Tarikh: 21 Jumadilawal 1430H/ 16 Mei 2009M (Sabtu)
Masa: Selepas sholat Maghrib – 9.30malam
Lokasi: Masjid Baitulaman, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Tuan Guru: al-Fadhil Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid
Kitab: Hashoih ad-Diniyah wal Washoya al-Imaniyah (Nasihat Agama dan Wasiat Iman)
Tarikh: 22 Jumadilawal 1430H/ 17 Mei 2009M (Ahad)
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
Kitab: Sairus Salikin Jilid 1
Tarikh: 22 Jumadilawal 1430H/ 17 Mei 2009M (Sabtu)
Masa: Selepas sholat Maghrib – 9.30malam
Lokasi: Masjid Baitulaman, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Najmuddin al-Khered
Kitab: Ad-Da’wah at-Tammah wa at-Tazkirah al-’Ammah (Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama)
http://pondokhabib.wordpress.com