• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 168,448 hits
  • Kalendar

    Julai 2008
    I S R K J S A
    « Jun   Ogo »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Divided people, shared destiny?
    • Pernyataan masyarakat sipil Indonesia dalam Rangka Asean Committee on Migrant Workers meeting di Malaysia
    • Protecting the rights of migrant workers and their families: Malaysia’s obligation
    • My tryst with racism in Korea
    • Travel woes and airport toilets in Bolehland
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • 460 pasangan muda bercerai di Perlis
      Menurutnya, 460 kes perceraian didaftarkan di Perlis sepanjang tahun ini berbanding lebih 1,400 kes pernikahan bagi tempoh yang sama yang mana kebanyakan kes perceraian membabitkan pasangan bawah 35 tahun.
    • SPRM siasat projek RM6 juta di Sarawak
      Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed bagaimanapun enggan menyatakan secara terperinci jumlah, jenis dan lokasi projek itu memandangkan proses siasatan sedang dijalankan.
    • BN pula disaman RM546 juta kes kontrak iklan
      Syarikat Pentas Permata Sdn Bhd (PPSB) dan BN diperintahkan memfailkan antara lain ikatan dokumen yang dipersetujui kedua-dua pihak dan yang tidak dipersetujui, senarai saksi terlibat dan ikatan kes plaintif dan defendan.
    • Penjara setahun tipu guru, upacara buang sial
      Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 12 bulan setelah mengaku bersalah memperdaya seorang guru wanita untuk menyerahkan rantai emasnya kononnya bagi upacara sembahyang buang sial tahun lepas.
    • Bah kut teh halal di expo makanan
  • Laman

  • ALBUM

    IMG_1701

    IMG_1702

    IMG_1703

    IMG_1704

    IMG_1705

    More Photos
  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : http://dppkt.wordpress.com

TOKOH PEMUDA UMNO DAPAT PROJEK 1.2 BILION

Tiga tokoh Pemuda Umno dapat projek RM1.2 bilion?

Azamin Amin
Wed | Jul 23, 08 | 11:22:30 am MYT
KUALA LUMPUR,23 Julai (Hrkh) - Tiga tokoh penting Pemuda Umno Malaysia didakwa mendapat projek sistem perisian komputer E-Tanah sejumlah RM1.2 bilion secara runding terus tanpa tender terbuka namun sehingga kini gagal dilaksanakan semenjak dimulakan pada tahun 2006. <!–

–>

Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution Ismail yang mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat baru-baru ini memberitahu, ketiga-tiga individu terbabit dikaitkan juga dengan Precision Portal Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terbabit dengan sistem perisian komputer di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang membabitkan kos hampir RM250 juta.

“Masalahnya ialah sistem itu tidak menetapi spesifikasi LHDN dan salah dalam kiraan taksiran. Ini serius sebenarnya.

“Hari ini kakitangan LHDN terpaksa betulkan kesilapan sistem komputer itu satu persatu cara ‘manual’ dan 80 peratus daripada masa kakitangan terpaksa digunakan,” katanya ketika memohon penjelasan dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Berikutan itu katanya, kelemahan dan kesilapan syarikat ini terpaksa ditanggung oleh LHDN sedangkan jutaan ringgit telah pun dibayar kepada syarikat terbabit walaupun sistem perisian tersebut gagal dilaksanakan.

“Projek syarikat ini, syarikat ini sudah dapat duit habis, sistem dia tidak jalan. LHDN balik asal. Ini berat ini. Kerajaan yang amanah, cemerlang, terbilang dan segala-gala macam itu harus teliti perkara ini dengan serius,”tambahnya lagi.

Beliau juga turut membangkit isu sistem E-Tanah berjumlah RM65 juta yang diperuntukkan untuk ‘pilot project’ di Pulau Pinang namun gagal juga dilaksanakan.

“Mengaibkan, memalukan! RM1.2 bilion ‘witout open tender’, bagi sahaja, belakangnya Pemuda Umno Malaysia berjuang untuk agama, bangsa dan negara tetapi rompak di siang hari,” katanya. – mks._

Tinggalkan jawapan