• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 169,057 hits
  • Kalendar

    Julai 2008
    I S R K J S A
    « Jun   Ogo »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Barry Wain's book on Mahathir held up?
    • Migrant workers' rights: Asean fails to agree
    • Asylum seekers still face deportation threat
    • Pressing health care issues raised in Parliament
    • Gov't should take over low-cost flat maintenance
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Masjid: Senarai bercampur orang PAS dibatal
      Isu pindaan senarai jawatankuasa masjid di DUN Slim selesai selepas Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) bersetuju menggunakan senarai asal selepas pengarahnya mengadakan pertemuan dengan ADUN Slim pagi ini.
      Abdul Rahim Sabri
    • Kereta terbakar: ADUN Tioman, keluarga cedera
      ADUN Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain, 36, cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terbakar di Batu 16 Jalan Pekan-Rompin dekat Pekan, semalam.
    • Isu Nik Aziz 'pemimpin rohani' belum berbangkit
      Cadangan melantik Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai "pemimpin rohani" Pakatan Rakyat belum berbangkit dan tidak perlu dibincangkan buat masa ini, kata pemimpin Pemuda PKR dan DAP.
      Jimadie Shah Othman
    • VIP mungkin didakwa dalam skandal PKFZ
      Dua akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau dan China Press membayangkan ahli parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing kemungkinan turut diseret ke mahkamah berhubung skandal projek PKFZ.
    • 'SPRM boleh soal siasat selepas waktu pejabat'
      Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat.
  • Laman

  • ALBUM

    IMG_1701

    IMG_1702

    IMG_1703

    IMG_1704

    IMG_1705

    More Photos
  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : http://dppkt.wordpress.com

MAD SAID, MERCEDES & RAKYAT

Artikel di bawah diambil dari blog nasikerabupetro.

…………………………………………………………………………….

Pagi ini, ayah saya memulakan sarapan bersama saya dengan ayat “orang tengah berjimat-cermat, dia boleh beli Mercedes”. Saya mengerutkan kening, memikirkan siapa lagi saudara-mara atau orang-orang kampung yang beli kereta Mercedes?

“Sape abah?”
“Mat Said tu la…”
“Huh? Mat Said mana?”
“Tuuu… baca suratkhabar tu….”

Hehe… dalam rasa malu atas “kelampian” saya, memang menggelegak jugak perasaan marah. Ingatkan baik sikit dari Deris, rupa-rupanya, sama je perangai pemimpin-pemimpin UMNO ni. Saya membaca akhbar Utusan Meloya yang ditunjukkan ayah saya sambil mendengar rungutannya mengenai pembaziran MB Terengganu ini.

“Kerajaan BN Trg berbelanja sebanyak RM3.43 juta untuk membeli 14 buah kereta Mercedes baru E200 Kompressor yang mewah untuk Exco Kerajaan Terengganu dan pegawai kanan sebagai kereta rasmi. Ini untuk menggantikan kereta Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004. Alasan yg diberikan adalah kereta-kereta tersebut sudah tidak lagi selamat dan merugikan jika terus digunakan”.

Belum lagi mendapat royalti minyak, dalam keadaan rakyat masih dibelenggu keperitan hidup, mereka dah mula bermewah-mewah? Berlainan sekali dengan kerajaan Pakatan Rakyat contohnya negeri Selangor yg dikatakan paling maju di Malaysia pun masih menggunakan kereta perdana V6 yg dibeli pada tahun 2004 oleh kerajaan yang terdahulu.

Setiap kali pergi-balik kerja, mata saya mesti melihat sekilas pada sehelai kain rentang yang terdapat gambar seorang lelaki dan tertera perkataan :P emimpin Bersama Rakyat”. Memandangkan saya memandu, tak dapat saya pastikan gambar siapa (yang pastinya bukan gambar Mat Said walaupun tajuk utama kain rentang ialah 100 hari pemerintahan Mat Said). Akhirnya, setelah berlalu 100 hari itu, barulah saya terperasan gambar lelaki itu. Rupa-rupanya gambar Musly Ramlee, pelakon teater P. Ramlee The Musical. Huh? Apa kaitannya…?

Dari pembacaan saya baru-baru ini dari Utusan Meloya, artis Malaysia menerima bayaran RM 10,000 untuk satu jemputan persembahan dan itu dikira berpatutan. Sekiranya itu benar, amat mengecewakan sekali dengan cara Mat Said meraikan pemerintahannya.

Pada awal-awal kemelut perlantikan MB Terengganu, kelihatan Mat Said keseorangan dan cuba mencari sokongan dengan berbaik-baik dengan pimpinan PAS Terengganu seperti bergegas menziarahi DSTG Hj Abd Hadi yang dimasukkan ke HSNZ akibat simptom-simptom angin ahmar. Sebaik sahaja Pak Lah datang ke Terengganu dan mengumumkan pengembalian royalti minyak, keesokan harinya Mat Said telah mula lantang mengkritik pemimpin PAS seolah-olah tak pernah kenal atau tak pernah menunjukkan “muka baik” ketika kemelut perlantikan MB sebelum itu.

Nampaknya, belang-belang Idris sebelum ini mula menonjol pada Mat Said. Sebagai rakyat Terengganu, saya mengingatkan Mat Said akan status kemiskinan di negeri ini masih lagi di tangga kedua. Pedulikan kata-kata retorik Strawbery Chik ketika Debat bersama DSAI yang sentiasa mengulang-ngulang ayat “Percayalah, walaupun minyak naik, rakyat cukup makan”. Pada Strawbery Chik dan Mat Said (orang Tranung blake), turun ke bawah dan lihat sendiri keperitan rakyat.

Betapa berbezanya anda dengan Lim Guan Eng yang menjadikan Khaliah Umar Abdul Aziz sebagai contoh ikutan pemimpin. Khalifah Umar Abdul Aziz menjadi khalifah hanya 2 tahun 3 bulan. Dalam masa sesingkat itu, beliau berjaya menghapus kemiskinan, sehingga tidak ada orang yang layak menerima zakat, satu kejayaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia bila-bila masa pun.

Ini bukan di Indonesia, tapi di Setiu dan bukan sedang berkelah,
tapi memang tempat mandi mereka!


(6_6) : Dato’, 20 buah bas rapid untuk rakyat tu dah sampai ke?….

Tinggalkan jawapan