KERAJAAN IKTIRAF HOMOSEKSUAL?

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen telah mengeluarkan kenyataan bahawa golongan homoseksual juga boleh mendapatkan bantuan daripada kerajaan.  Tambahnya, kecenderungan seksual seseorang bukanlah faktor untuk mendapatkan bantuan, sebaliknya atas dasar kelayakan.

Ini telah menimbulkan persoalan bahawa adakah kerajaan Malaysia sekarang mengiktiraf golongan yang jelas melanggari hukum tuhan serta menyimpang dari adab kesopanan masyarakat timur.

Dalam negara kita yang dilanda kerosakan akhlak ini, Menteri sepatutnya memikirkan cara terbaik penyelesaiannya dan bukan menambah satu lagi sebab kerosakan.

Memberi bantuan bermakna mengiktiraf sesuatu golongan dan juga menyetujui tindakan mereka.

sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20080716230518/Article/index_html

Tinggalkan jawapan