| Cikgu Fariz Musa Di Tahan Polis | ![]() |
![]() |
![]() |
| Ditulis oleh Wartawan Buletin Online | |
| Saturday, 21 June 2008 | |
Kuala Terengganu – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu, ditahan polis jam 3.15 petang, hari ini, semasa menjawab beberapa soalan dari pihak media di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu.Sebelum itu beliau bersama rakan-rakannya telah berucap di masjid Ladang, sebelum beralih ke Dataran Shahbandar dalam himpunan aman membantah kenaikkan harga minyak. Himpunan di kedua-dua tempat tersebut dihadiri lebih ramai pihak polis yang berpakaian ‘preman’ yang turut ‘standby’ dan bersolat Jumaat di masjid Ladang. Selain itu AMK mendesak supaya kerajaan negeri Terengganu tidak menarik balik saman tuntutan berkaitan royalti minyak, terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutuan kerana bimbang pengembalian royalti minyak yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak memenuhi hak rakyat Terengganu.
Beberapa orang wartawan cuba mengambil kenyataan Cikgu Fariz di kawasan berhampiran namun polis telah memberi amaran keras supaya bersurai dan tidak membenarkan Cikgu Fariz membuat kenyataan akhbar disitu, dan diugut akan ditahan polis sekiranya beliau terus bercakap dan tidak beredar. Selepas membuat sidang media di sebuah kedai berhadapan dataran Shahbandar, Cikgu Fariz sekali lagi dikelilingi wartawan yang baru tiba dan cuba mendapatkan kenyataan beliau sewaktu berjalan menuju ke empat letak kenderaan. Ketika beliau menjawab beberapa soalan pihak media disitu, beliau telah ditahan oleh pihak polis dipercayai kerana polis menganggap beliau engkar arahan polis yang menyuruh beliau beredar. |
Difailkan dalam: Politik, Isu Semasa, Tempatan











