Jumaat, 2 Mei- Pemuda Pas cawangan Losong Dato’ Amar menyerahkan borang keahlian Pas kepada Yang Berhormat Hj Mohd Abdul Wahid Endut. Seramai 18 pemuda menyerahkan borang ahli kepada YB Abdul Wahid sebagai tanda pengiktirafan kepada perjuangan Pas di bumi Terengganu. DPPKT dimaklumkan bahawa ada di antara mereka merupakan anak kepada penyokong kuat Umno. Ini menunjukkan bahawa rakyat khususnya golongan muda menolak perjuangan umno Barisan Nasional.
Ketua Penyelaras Pemuda Dun Wakaf Mempelam, saudara Mohd Yusof Embong ketika ditemui berkata insyaAllah Pemuda Wakaf Mempelam akan mengadakan banyak lagi
majlis penyerahan borang ahli yang melibatkan pemuda. “Kalau boleh, kita nak buat majlis ini setiap minggu. Kita mendapat maklumat dari pemuda cawangan bahawa ramai pemuda-pemuda yang membantu kita dalam pilihanraya baru-baru ini belum lagi menjadi ahli dan mereka berminat untuk sertai kita.” tambah beliau ketika ditemubual.
Yang Berhormat Abdul Wahid ketika menyampaikan ucapannya menekankan bahawa pemuda merupakan pelapis kepada perjuangan menegakkan Islam atas mukabumi dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memilih Pas sebagai wadah perjuangan mereka. Beliau juga mengingatkan bahawa perjuangan Islam bukan perjuangan yang bermusim tetapi ia memerlukan komitmen yang tinggi dan berterusan dari pendokong-pendokongnya khususnya pemuda-pemuda.
Difailkan dalam: Politik, Isu Semasa, Tempatan






++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK LAMAN WEB “Leoxa.com”
(Themenya Terlampau Cantik Sangat & Boleh Pula Letak Adsense)
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++