Artikel ini diambil dari laman web alumni Kospint. DPPKT dihubungi oleh wakilnya yang sedang berusaha dapatkan sokongan sebanyak mungkin dari rakyat Malaysia amnya, dan Terengganu khususnya.
Antara sebab utama pihak ABADI KOSPINT mengadakan Kempen Selamatkan KOSPINT adalah untuk mengembalikan sekolah kami yang akan di tutup setelah bangunan sekolah dan pentadbiran di ambil alih oleh operasinya untuk ditukarkan kepada SM Imtiaz Kuala Terengganu. Kini, terdapat dua kelompok pelajar di Kospint iaitu Tingkatan1 hingga 3 adalah dari Imtiaz Kuala Terengganu, manakala Tingkatan4 dan 5 dari Kospint. Menurut perancangannya, setelah pelajar Tingkatan4 (batch terakhir) menamatkan pengajiannya di Kospint pada 2009 nanti, secara automatik SM Imtiaz Kuala Terengganu akan beroperasi sepenuhnya dan Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu akan hanya tinggal nama.
Berdasarkan situasi sekarang, ramai guru-guru asal Kospint telah beransur-ansur di pindahkan ke sekolah-sekolah lain dan guru-guru Imtiaz di bawa masuk. Terdapat ramai juga guru-guru yang telah berpindah secara sukarela kerana persekitaran sekarang yang amat berbeza dengan sekolah asal. Di anggarkan jumlah guru-guru asal termasuk pengetua dan penolong kanan tidak sampai 7 orang yang bertugas di Kospint sekarang ini. Tidak mustahil mereka akan ditukarkan sepenuhnya setelah tamat tempoh 2009. Sebagai bukti penutupan sekolah Kospint ini, dibawah ini di paparkan beberapa foto untuk tatapan:

FOTO 1: CADANGAN ASAL PENUBUHAN KOSPINT

FOTO 2: SIGNBOARD ASAL KOSPINT SEBELUM DIGANTI BARU OLEH IMTIAZ

FOTO 3
INTU PAGAR ASAL KOSPINT

FOTO 4
INTU PAGAR SELEPAS PERASMIAN SULTAN SEBELUM DITUKAR OLEH IMTIAZ

FOTO 5: PINTU PAGAR BARU YANG DIBINA OLEH IMTIAZ. NAMA KOSPINT HANYA DALAM KURUNGAN

FOTO 6: BANGUNAN ASAL KOSPINT

FOTO 7:BANGUNAN KOSPINT YANG DI CAT ‘WARNA’ IMTIAZ

FOTO 8: DEWAN ASAL KOSPINT SEBELUM DI CAT DAN DIBUANG NAMA KOSPINT

FOTO 9: DEWAN KOSPINT SELEPAS DI CAT. NAMA KOSPINT TELAH DI BUANG DARI DINDING DEWAN

FOTO 10 : BANGUNAN ASRAMA TURUT DI CAT BARU

FOTO 11 :UNIFORM PELAJAR LELAKI TINGKATAN 1,2,3

FOTO 12 :UNIFORM PELAJAR PEREMPUAN TINGKATAN 1,2,3

FOTO 13
ENGGUNAAN NAMA IMTIAZ SECARA MELUAS PADA KAIN RENTANG PROGRAM

FOTO 14
ENGGUNAAN NAMA IMTIAZ SECARA MELUAS PADA KAIN RENTANG PROGRAM
Berikut adalah sebahagian foto-foto perubahan yang telah berlaku di Kospint. Kami para ABADI berasa sungguh terkilan dengan tindakan yang telah dilakukan terhadap sekolah kami yang tercinta ini. Kospint mempunyai potensi dalam kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum sebaris dengan sekolah-sekolah berasrama penuh yang lain. Harapan kami, semoga suara kecil kami ini di dengari masyarakat dan mendapat sokongan penuh. Suarakan sokongan anda kepada kami melalui ‘Tandatangan Petisyen’ untuk sama-sama membantah penutupan Kospint.
Difailkan dalam: Politik, Isu Semasa, Tempatan






Penjajahan terhadap kospint sangat kejam!!! Kami bekas2 pelajar sangat tidak berpuashati!!!
walaupan ye bkn dr kospint tp sye turt tdk setju dgn tndkan yang di amibl