• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 169,219 hits
  • Kalendar

    Mei 2008
    I S R K J S A
    « Apr   Jun »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Climate change: "We're not finished yet," civil society warns
    • Taking a stand
    • Why we need a two-coalition system
    • Malaysia: Refusing to resolve migrant woes
    • Protection for all migrants in Malaysia
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Peguam tidak didakwa kerana tiada keganasan
    • 4,000 hadiri ceramah Dr Yusuf al-Qaradhawi
      Kira-kira 4,000 hadirin memenuhi dewan solat Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam bagi mengikuti syarahan perdana yang disampaikan oleh ulama tersohor, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi malam tadi.
      Abdul Rahim Sabri
    • Imej 'suka tembak' cemari imej polis
      Tuduhan kononnya polis mempunyai imej sebagai satu pasukan yang "trigger happy" iaitu sewenang-wenangnya menembak penjenayah, sedikit sebanyak mencemari kejayaan pasukan itu membanteras beberapa jenayah berat sepanjang tahun 2009.
    • Beberapa ahli CC didakwa ganggu fungsi JK khas
      Seorang anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA mendakwa cadangan mengadakan pemilihan baru tidak berlaku kerana beberapa anggota CC sendiri "merampas" dan "mengganggu" fungsi jawatankuasa khas parti melalui tindakan mereka yang enggan meletakkan jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan.
    • Konvensyen Pakatan saksi PAS-DAP berdamai
      Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam hari ini menyaksikan perdamaian di antara PAS yang menjuarai aspirasi 'negara Islam, dan juga DAP yang menjuarai gagasan 'Malaysian Malaysia.' Prasangka itu seolah-olah terpadam melalui Dasar Pakatan Rakyat.
      Salhan K Ahmad
  • Laman

  • ALBUM

    IMG_1701

    IMG_1702

    IMG_1703

    IMG_1704

    IMG_1705

    More Photos
  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : http://dppkt.wordpress.com

KEMELUT MB DAN ISTANA PERAK

Dipetik dari http://tranungdaily.blogspot.com


‘Mainstream media ‘ tengah galak main isu pertentangan kehendak antara Istana dan pentadbiran negeri Perak. Utusan Malaysia hari ini memaparkan Arahan Istana Perak agar pertukaran Datuk Jamry ditarikbalik. Nampaknya Umno Barisan Nasional sangat bijak main peranan untuk laga2kan istana dengan Pakatan Rakyat agar jadi satu polemik dan seterusnya melemahkan kerajaan negeri Perak yang dipimpin pembangkang sejak Mac lalu.

Aku tak hairan ini berlaku kerana mereka belajar dari peristiwa kemelut jawatan MB di Terengganu. Mereka merasakan bahawa pembangkang amat berjaya dalam melagakan istana dengan Idris Jusoh and the gang walaupun hakikatnya ia terjadi berpunca dari Idris dan Pak Lah sendiri yang tidak mahu kalah terhadap kemahuan Istana Terengganu.

Justeru, aku rasa Dato’ Seri Nizar Jamaluddin mengambil iktibar atas apa yang berlaku di Terengganu kerana Sultan Perak pun antara raja2 melayu yang bijak dan mengambil tahu perjalanan politik negara. Bahkan pemangku raja pun (Raja Nazrin) nampaknya sangat-sangat berhati-hati dalam membuat keputusan bagi pihak istana.
Pakatan Rakyat tidak boleh ambil enteng masalah ini dan seharusnya mencari jalan penyelesaian dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan raja-raja melayu khususnya di Perak untuk menangani masalah sebegini.

Nampaknya akhir2 ini istana sangat berminat untuk terlibat dalam politik tanahair walaupun secara tidak langsung sahaja (tidak terang-terangan) kerana mereka tahu bahawa raja2 melayu hanya sebagai simbol agama Islam dan adat istiadat melayu sahaja. Apa yang berlaku di Terengganu dan Perak merupakan contoh yang baik untuk menggambarkan bahawa institusi diraja masih mempunyai kuasa2 tertentu yang mempengaruhi pentadbiran kerajaan negeri. Di Kelantan umpamanya, orang2 politik dan pegawai tadbir negeri sudah maklum bahawa penyerapan dan pertukaran pegawai tadbir negeri yang menjadi asas pentadbiran negeri sangat berkait rapat dengan istana Kelantan.

Berbalik kepada isu Perak, sebenarnya ia berpunca dari masalah Jawatankuasa masjid yang belum selesai. Aku pun faham dalam keadaan sekarang, MB mungkin ditekan oleh individu2 dalam parti yang inginkan perubahan jawatankuasa masjid disegerakan. Dalam waktu yang sama juga, sudah tentu jawatankuasa lama(rata2nya umno) nak pertahankan jawatan. Ini yang menjadi kemelut sebenar! MB Perak sewajarnya merujuk kepada apa yang pernah berlaku di Terengganu di mana Jawatankuasa Masjid dikekalkan sehinggalah berlakunya pemilihan baru Jawatankuasa Masjid, maka ketika itulah rakyat setempat bertindak memilih ahli qaryah yang benar2 berhak memimpin jawatankuasa masjid masing2. Kalau ahli umno terpilih, redha saja lah. Kalau ahli pas atau Keadilan terpilih , alhamdulillah.

Tak gitu? Apa apa aja lah…

********************************

dppkt: artikel tidak melambangkan pendirian sebenar dppkt. Ia sekadar memaparkan pendapat dari tulisan peribadi blogger terbabit.

Tinggalkan jawapan