Umum mengetahui isu royalti petroleum sebanyak 5 peratus ini sudah dibincangkan sejak tahun 2000 lagi. Dan umum juga mengetahui bahawa memang wujud perjanjian antara kerajaan negeri Terengganu dengan Petronas sejak tahun 1975 yang menyatakan bahawa 5% daripada keuntungannya adalah milik Kerajaan Terengganu.
Menteri Besar Terengganu dalam kenyataan media semalam meluahkan pendapatnya yang barangkali terbuku sejak tahun 2000 lagi bahawa sepatutnya royalti petroleum hendaklah diserahkan kepada kerajaan negeri Terengganu untuk membangunkan negeri Terengganu. Keberanian pendapat MB Terengganu yang belum setahun jagung itu disambut baik oleh pesuruhjaya Pas Terengganu sendiri, Dato’ Mustafa Ali serta Setiausaha beliau, Hj Yahya Ali dalam kenyataan media kelmarin. Kata Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri itu, sejak royalti petroleum di tarik balik pada 5 September, 2000, PAS yang memerintah Terengganu ketika itu telah menjadikan usaha ‘tuntutan wang royalti’ sebagai agenda negeri.
Beliau berkata pada 12 September, 2000, Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu telah meluluskan usul tergempar,
mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan prinsip demokrasi dan sistem kerajaan berpersekutuan yang dilakukan oleh kerajaan Pusat berikutan tindakannya membatalkan royalti minyak kepada negeri Trengganu.
Beliau berkata, PAS berusaha mendapatkan semula hak Wang Royalti dan Kerajaan Negeri Terengganu ketika itu telah memfailkan saman terhadap Petronas dan Kerajaan Pusat berhubung isu penarikan balik pada 8 Mac, 2001.
Dalam pada itu, sebuah Ngo bukan kerajaan, Mampat, telah buat kenyataan media menyokong tindakan MB Terengganu meminta royalti dikembalikan kepada rakyat Terengganu. Pengerusinya, Fauzi Abu Samah mempersoalkan kenapa Sabah dan Sarawak terus menikmati royalti petroleum bahkan ditambah lagi 5% peratus, bermakna mereka dapat 10% wang royalti dari Petronas, sedangkan Terengganu dinafikan hak itu. Beliau juga menyatakan bahawa Mampat akan mengepalai ngo-ngo di Terengganu (anggota Mampat) memperjuangkan isu yang membabitkan hak dan maruah rakyat Terengganu ini.
Difailkan dalam: Politik, Isu Semasa, Tempatan





