26 Mac,Kuala Terengganu-Dato’ Ahmad Said diberitakan tidak hadir ke pejabat hari ini. Ahmad yang dilaporkan datang ke pejabat untuk bertugas, sebenarnya hanya datang untuk bersolat hajat lalu masuk ke pejabat lamanya di tingkat 6.
Dalam pada itu, menurut sumber yang boleh dipercayai, satu mesyuarat tergempar diadakan di Putrajaya dan hasilnya, Dato’ Mohamed Awang Tera, Adun Chukai dipersetujui untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu. Idris Jusoh dilaporkan hadir sama di mesyuarat tersebut yang dipengerusikan Perdana Menteri , Pak Lah.
Idris pula dilaporkan dalam akhbar hari ini meminta untuk mengadap Sultan Terengganu yang kini bertugas sebagai DYMM Agong, bertujuan untuk memohon ampun sekiranya ada melakukan kesalahan terhadap tuanku sultan. Idris mendakwa hubungannya dengan Sultan selama ini baik, dan beliau tidak tahu apa kesilapannya terhadap sultan.
Dalam pada itu juga, sebuah pertubuhan ngo iaitu Mampat(Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu) membuat laporan polis terhadap penghinaan yang dilakukan oleh Umno terhadap institusi raja Terengganu kira-kira jam 11 pagi tadi bertempat di IPD Kuala Terengganu. Semalam diberitakan Alumni Sekolah Menengah Sultan Sulaiman membuat laporan polis dan kenyataan akhbar menyokong penuh sultan Terengganu.
Khabar angin mengatakan bahawa banyak lagi ngo-ngo yang akan tampil bagi memberi sokongan kepada Sultan Terengganu dan institusi raja yang semakin hari semakin diperlekehkan oleh Umno dan Barisan Nasional.
dppkt: kita tunggu dan lihat apa pula selepas ini…
Difailkan dalam: Politik, Isu Semasa | Tagged: Isu semasa, Politik





