Keputusan PRU-12 yang sungguh hebat dari malam tadi hingga ke pagi telah membuka mata Pak Lah bahawa segala janji-janji beliau kepada rakyat hanyalah retorik semata-mata. Segala rancangan pembangunan wilayah terpaksa dikaji semula.
Kepada pengundi Parlimen Kuala Terengganu dan DUN-DUN yang berada dalam parlimen ini, terima kasih diucapkan kerana memilih PAS sebagai wakil anda. Walaupun Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan ketewasan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, namun dari segi undi rakyat beliau masih layak digelar pemenang. Beliau tewas dengan undi pos.
DUN Wakaf Mempelam, Ladang dan Batu Burok berjaya ditawan manakala bagi DUN Bandar masih lagi dibawah BN.
Haji Abdul Wahid Bin Endut (Wakaf Mempelam) masih kekal dikerusinya manakala kubu PAS di Batu Burok menyaksikan pergantian wakil PAS kepada Dr. Syed Azman Syed Nawawi yang menewaskan ketua Puteri UMNO negeri, Senator Nordiana Shafie. Di DUN Ladang pula, exco kerajaan negeri, Datuk Wan Hisham ditewaskan oleh calon berpengalaman dari PAS, Datuk Tengku Hasan Tengku Omar dengan majoriti yang amat tipis (jika ditolak undi pos, PAS menang mudah).
Keputusan penuh menyaksikan BN kekal memerintah Terengganu tetapi berkurangan 4 kerusi kepada PAS. PAS menambah 4 kerusi kepada 8 iaitu di Bukit Tunggal, Wakaf Mempelam, Ladang, Batu Burok, Rhu Rendang, Bukit Payung, Sura dan Manir.
Keputusan Penuh
P36 Kuala Terengganu
1. Datuk Razali Ismail (BN) (32,562)
2. Maimun Yusuf (Bebas) (685)
3. Mohamad Sabu (Pas) (31,934)
Majoriti: 628
Jumlah undi: 66,112
Peratus mengundi: 82.31%
Undi rosak: 931
N13 Wakaf Mempelam
1. Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas) (9,645)
2. Othman Awang (BN) (7,452)
Majoriti: 2,193
Jumlah undi: 17,253
Peratus mengundi: 83.86%
Undi rosak: 156
N14 Bandar
1. Toh Chin Yaw (BN) (7,831)
2. Dr. Abdul Manaf Che Mat (PKR) (6,689)
Majoriti: 1,142
Jumlah undi: 14,751
Peratus mengundi: 77.83%
Undi rosak: 231
N15 Ladang
1. Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Pas) (6,723)
2. Datuk Wan Hisham Wan Salleh (BN) (6,692)
Majoriti: 31
Jumlah undi: 13,700
Peratus mengundi: 81.66%
Undi rosak: 285
N16 Batu Burok
1. Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas) (10,672)
2. Senator Nordiana Shafie (BN) (9,511)
Majoriti: 1,161
Jumlah undi: 20,395
Peratus mengundi: 84.9%
Undi rosak: 212
Difailkan dalam: Pengumuman, Politik, Isu Semasa, Tempatan | Tagged: Keputusan PRU 12





