Semakin hari, bahang pilihanraya semakin dekat. Semakin hari juga, Barisan Nasional dengan jentera kerajaannya semakin membuat persiapan ke arah mengisytiharkan pembubaran parlimen. Tugas kami sebagai pembangkang sekaligus penasihat kepada kerajaan, akan terus menegur dan mendedahkan penyelewengan pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia agar menunaikan tanggungjawab dengan baik dan beramanah.
Beberapa minggu yang sudah, ada blogger yang mendedahkan kesilapan SPR dengan cara yang agak unik iaitu dengan mengarang cerpen yang mengisahkan seorang wanita yang bernama Kampung Mengabang Tengah yang namanya tertera sebagai salah seorang pengundi yang sah di Kg Mengabang Tengah!! Selang beberapa hari selepas didedahkan, pelayar internet tidak lagi menjumpai nama Kg Mengabang Tengah dalam daftar SPR secara online. Ini bermakna proses teguran itu berjaya dan SPR menyedari kesilapannya dan membetulkannya. Di bawah merupakan salinan carian tersebut:
Maklumat carian anda adalah seperti berikut:
| Kad Pengenalan | : 820201115212 |
| Nama | : KG MENGABANG TENGAH |
| Jantina | : PEREMPUAN |
| Lokaliti | : 036 / 16 / 09 / 001 – KG MENGABANG TENGAH |
| Daerah Mengundi | : 036 / 16 / 09 – MENGABANG TENGAH |
| DUN | : 036 / 16 – BATU BURUK |
| Parlimen | : 036 – KUALA TERENGGANU |
| Negeri | : TERENGGANU |
| Status Rekod | : DATA INI UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH |
Sidang pembaca yang dihormati, di bawah ini merupakan beberapa contoh lagi kesilapan (mungkin juga disengajakan) yan tidak sepatutnya dibuat oleh SPR kerana terlalu ketara dan bukan sekali tetapi melibatkan banyak individu yang sebenarnya tidak layak lagi mengundi:
http://daftarj. spr.gov.my/
Begini kah BN menang ???? Fikir Sendiri ?????
IC: 991214740101
IC: 910815750017
IC: 981231081137
Budak Sekolah pun boleh undi!!!
Sidang pembaca boleh cuba membuat carian di laman web SPR sebagaimana tertera di atas dan nilailah sendiri apa yang sedang berlaku di negara Malaysia kita yang tercinta ini.
InsyaAllah kita akan lihat banyak lagi kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam data SPR. Jangan terkejut, sekiranya selepas artikel ini dibaca, nombor-nombor kad pengenalan tersebut akan dipadamkan oleh kakitangan SPR!!
Difailkan dalam: Nasional, Politik, Isu Semasa | Tagged: Isu semasa, Nasional, Politik





