GOTONG ROYONG BAIKI RUMAH

gotongroyongbaiki-rumah.jpg

Kelihatan Mak Long memerhatikan beberapa pemuda menurunkan atap yang rosak

Dun Batu Burok, 29 Disember-Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu telah menganjurkan program gotong royong membaiki rumah seorang penduduk warga emas kampung di Cendering Raja. Wanita tua yang berusia 80 tahun itu yang mahu dikenali dengan panggilan Mak Long tinggal bersama anak angkatnya Awang, salah seorang pemuda Pas di kampung tersebut. Beberapa pemuda kampung tersebut yang juga bertugas sebagai Tukang Rumah memudahkan urusan gotong royong membaiki rumah tersebut yang dimulakan seawal jam 9 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi.

gotongroyongbaiki-rumah2.jpg

Ketika aduan keuzuran rumah tersebut dibuat oleh Setiausaha Penyelaras Pemuda Dun Batu Burok, Wan Muhammad Mizan Wan Abdul Lattif, Lajnah Kebajikan DPPKT dimaklumkan bahawa hanya beberapa keping atap yang perlu ditukar. Tetapi setelah melihat keadaan rumah tersebut pada hari gotong royong, dppkt merasakan seluruh atap rumah tersebut perlu diganti dan ia memerlukan perancangan yang lebih baik dan kewangan yang lebih banyak daripada sebelumnya.

Justeru, DPPKT amat mengalu-alukan bantuan kewangan daripada orangramai untuk membantu kami membaiki rumah tersebut dan juga untuk meneruskan aktiviti-aktiviti kebajikan yang lain dengan menyalurkan bantuan kewangan kepada DANA TA’AWUN DPPNT, nombor akaun MAYBANK ISLAMIC-563064113873, atau hubungi saudara Wan Mohd Faizul Wan Abas(Bendahari Lajnah Kebajikan DPPNT) di talian 013 9277330.

Satu Respons

  1. aku satu jer nak komen, PAS ni bagus…perjuangan islam yang betul…tapi satu jer yang aku benci walaupun aku nih PAS. Bila nak dekat mengundi baru nak cakna kebajikan…sebelum tuh ko ko….aku..aku….kalau kawasan dan ahli dia ok..oklah…kalau yang kawasan yang tak pedulik…hampeh…nak harapkan UMNO lagi laaa….hampeh kempeh……cuba laah naik taraf kan perkhidmatan tuh…..sakit ati aku…aku tak tau lah…perjuangan PAS la nih mengenai ISLAM ker mengenai kepentingan dunia…?cuba laa renung masalah nih….jgn terlambat

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.