• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 168,449 hits
  • Kalendar

    September 2007
    I S R K J S A
    « Ogo   Okt »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Divided people, shared destiny?
    • Pernyataan masyarakat sipil Indonesia dalam Rangka Asean Committee on Migrant Workers meeting di Malaysia
    • Protecting the rights of migrant workers and their families: Malaysia’s obligation
    • My tryst with racism in Korea
    • Travel woes and airport toilets in Bolehland
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Pemuda Umno bantu Norzuliyani pulang
      Dengan bantuan Pemuda Umno, seorang wanita rakyat Malaysia dapat kembali ke tanahair untuk dipertemukan dengan keluarganya selepas 11 tahun terpisah kerana lari mengikut bakal suaminya, seorang Indonesia hingga ke Lombok di republik itu.
      Salhan K Ahmad
    • 460 pasangan muda bercerai di Perlis
      Menurutnya, 460 kes perceraian didaftarkan di Perlis sepanjang tahun ini berbanding lebih 1,400 kes pernikahan bagi tempoh yang sama yang mana kebanyakan kes perceraian membabitkan pasangan bawah 35 tahun.
    • SPRM siasat projek RM6 juta di Sarawak
      Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed bagaimanapun enggan menyatakan secara terperinci jumlah, jenis dan lokasi projek itu memandangkan proses siasatan sedang dijalankan.
    • BN pula disaman RM546 juta kes kontrak iklan
      Syarikat Pentas Permata Sdn Bhd (PPSB) dan BN diperintahkan memfailkan antara lain ikatan dokumen yang dipersetujui kedua-dua pihak dan yang tidak dipersetujui, senarai saksi terlibat dan ikatan kes plaintif dan defendan.
    • Penjara setahun tipu guru, upacara buang sial
      Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 12 bulan setelah mengaku bersalah memperdaya seorang guru wanita untuk menyerahkan rantai emasnya kononnya bagi upacara sembahyang buang sial tahun lepas.
  • Laman

  • ALBUM

    IMG_1701

    IMG_1702

    IMG_1703

    IMG_1704

    IMG_1705

    More Photos
  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : http://dppkt.wordpress.com

LAPORAN AUDIT NEGARA-WANG RAKYAT DISELEWENG!!

Apabila rakyat dikejutkan dengan isu Tragedi Batu Burok, orang mula tinggalkan berbual tentang isu penyelewengan wang rakyat oleh Kementerian Belia dan Sukan di bawah pimpinan wanita gagah perkasa Dato’ Azalina Othman Said. Ambe selaku webmaster pun antara orang yang terheret sama meninggalkan isu BESAR penyelewengan tersebut akibat penangan isu GAS PEMEDIH MATA dan AIR ASID FRU, yang lebih besarnya penangan isu TEMBAKAN polis di Batu Burok.

Jadi, isu ini dimasukkan dalam blog agar ianya terus tetap segar dan dibicarakan oleh masayarakat hinggalah ke pembubaran Parlimen dan terus didedahkan dalam PRU 12 nanti..

Di bawah ini di’pastekan’ berita yang di’copy’ daripada HARAKDAILY.NET

Laporan audit lebih RM74 juta, Azalina mesti letak jawatan!

Azamin Amin
Thu | Sep 13, 07 | 3:54:10 pm MYT
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Hrkh) – Rentetan laporan audit negara baru-baru ini yang mendedahkan wujudnya penyelewengan dana rakyat dalam kontrak Kementerian Belia dan Sukan, Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi digesa untuk memecat Menterinya Dato’ Azalina Othman dengan serta-merta.Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin berkata menteri seharusnya mengambil tanggungjawab atas penyelewengan dana rakyat yang begitu jelas telah didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2006.

“Kontrak-kontrak perolehan ini telah melahirkan keuntungan yang amat besar untuk pihak-pihak tertentu. Susah hendak dipercayai bahawa pegawai-pegawai Kementerian langsung tidak tahu-menahu tentang perkara ini,” katanya baru-baru ini yang dipetik daripada Suara KeADILan online.

Selain itu, Zuraida juga menggesa Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan meletak jawatan juga, atas 11 kontrak yang telah diluluskannya. Setiap kontrak itu dipercayai bernilai antara RM7.99 juta dan RM74.2 juta.

Namun demikian, Ketua Setiausaha tidak mempunyai mandat untuk meluluskan sebarang kontrak yang bernilai lebih RM5 juta.

Sebelum ini dilaporkan bahawa laporan audit itu antara lain mendedahkan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membeli peralatan pada kadar harga terlalu tinggi sehingga lebih daripada 200 peratus membuktikan korupsi peringkat kementerian berada di tahap yang parah.

Ia termasuklah membeli barangan yang berharga RM50 pada kadar RM5,700, merujuk Laporan Audit Negara malah, pembelian dua buah kren menara di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada harga yang tidak munasabah iaitu hampir RM3 juta berbanding harga pasaran kira-kira RM1.5 juta,turut didedahkan dalam laporan tersebut.

“Ini rasuah yang jelas di hadapan mata kita,” kata Zuraida dan menyatakan bahawa kedua-dua Menteri dan Ketua Setiausaha haruslah didakwa di mahkamah.

“Pihak berkuasa, terutamanya Peguam Negara, perlulah bertindak tegas, tidak takut dan tidak berpihak kepada sesiapa sekalipun.”

“Perlakuan pegawai kerajaan kita sewajarnya bebas daripada segala cacat-cela. Kita berhak mengharapkan perlakuan yang paling baik daripada mereka, kerana kita telah memberikan kepercayaan kepada mereka untuk menguruskan dana kita,” katanya.-az

Tinggalkan jawapan